i & Makan

Restoran Papero Shah Alam Saji Masakan Chef Dari Arab Syria

Shawarma Rice Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam004
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Beberapa hari lepas diberi kesempatan berbula puasa di Restoran Papero Shah Alam, yang merupakan cawangan baru bagi Restoran Papero yang sebelum ini hanya ada di Sri Petaling, Kuala Lumpur.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Oleh kerana sambutan yang diterima di Sri Petaling amat menggalakkan, pemilik Restoran Papero, Encik Sheik Ahmad Fakhruddin membuka cawangan baru di Seksyen 13, Shah Alam pada bulan 7 yang lepas.

Restoran Papero dioperasi oleh syarikat Orient Dam Sdn Bhd.  dengan 3 orang rakan kongsi. 2 dari Malaysia dan seorang dari Arab Syria Islam. Pembahagian pegangan saham Melayu 70% & Syria 30%.

Restoran Papero – Makanan Mediterinian / Italian Food

Restoran Papero menyajikan Mediterinian dan Italian Food dengan matlamat menyediakan masakan yang segar dengan tertumpu kepada makanan Pizza, Sandwich dan Shawarna. Ala-ala makanan arab la..
Semasa berbuka puasa disini, kami menjamu selera makanan yang dicadangkan oleh chef. Antara yang special adalah :
Roti Fatayer Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam001
Ini dikenali sebagai Roti Fatayer. Kalau pergi ke restoran Nasi Arab pasti ada menu ni. Roti Fatayer kebiasaannya mempunyai lebih dari 30 inti. Tapi semasa berbuka di Restoran Papero kami makan Roti Fatayer berintikan cheese.
Rasa? Memang sedap. Lembut sangat dicicah pula dengan sup cendawan. Boleh kenyang makan ini sahaja sebagai pembuka selera.
Rice Pizza Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam007
Ini Pizza roti.  yang mengandungi isian nasi arab yang dibungkus dengan roti seakan-akan Roti Fatayer. Roti yang cukup lembut.
Grill Chicken Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam006
Grill Chicken, dihidang bersama french fries , lada banggala hijau bakar, bawang bakar dan tomato bakar. Ayam ini di bakar bersama dengan cheese. Tapi tak banyak sangat.
Agak kering, kalau ada sos mungkin lagi sedap!
Mexican Chicken Rice Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam005
Ini Mexican rice yang dihiasi dengan topping lada banggala hijau, bawang dan juga ayam. Rasa sedikit masam dan berperisa. Bagi saya ini antara makanan yang sedap disini.
Bagi mereka yang tak boleh kalau tak makan nasi, boleh cuba ini. Tapi .. Potion dia agak besar, boleh kongsi makan 2 / 3 orang. Nama pun nasi arab kan?
Shawarma Rice Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam004
Ini Shawarma Rice. Topping dia adalah Shawarma Chicken, dan nasi dia kurang berempah berbanding nasi Mexican tadi. Bagi saya ini pon sedap! Dihidang bersama kobis ungu dan juga jeruk lobak putih.
Shawarma Meal Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam003
Ini adalah Shawarma Meal. Tetapi versi roti kebab. Lain sedikit dengan nasi tadi. Roti kebab ini rasa sedikit masam. Kalau yang tak suka masam memang agak susah nak masuk.
Hacana Pizza Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam002
Dan ini Havana Pizza. Roti pizza yang sememangnya lembut . Boleh nampak hirisan tomato, daging, cendawan, dan juga lada banggala. Sedap!
Kami berbuka seramai 10 orang, dan  5 orang daripadanya memesan makanan yang berbeza. Memang berbaloi makan kat sini dan puas hati.
Kalau tak habis, jangan segan minta tapau. Sebab memang portion banyak! Salah order, terlebih pula!
Restoran Papero juga menyediakan Penghantaran Delivery samada di Sri Petaling atau di Shah Alam. Restoran Papero juga menerima tempahan untuk meraikan Hari Jadi / Majlis Ifthar Ramadhan / Open House / Kenduri / Conference dan lain-lain
Terima kasih atas jemputan dari Restoran Papero Shah Alam

Terima kasih atas jemputan dari Restoran Papero Shah Alam

Bagi anda yang nak singgah di sini, boleh ke Restoran Papero di alamat dibawah:
[su_note note_color=”#d9fff8″]Cawangan Seksyen 13 Shah Alam
Kondo Acappella, Seksyen 13,
Shah Alam
(berdepan restoran tupai tupai/ bersebelahan Steamboat D’Kayangan)
Ramadhan : 5.30pm – 12.00am
Selepas raya :4pm – 12am.
Tutup Hari Raya Puasa selama 5hari raya kecuali ada tempahan.
Cawangan Restoran Papero / Chocolate & Cafe   Sri Petaling
Ramadhan : 5.30pm – 4am
Selepas raya :2pm – 2am
Tutup Hari Raya Puasa pada Hari Raya Pertama sahaja.
No. Tel : 013-3530320
Email : [email protected] / [email protected]
[/su_note]

 

About the author

5 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge