my Resepi

Resepi Tart Telur Pandan

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Heeyy.. ! assalamualaikum.. Alhamdulillah.. hari ni berjaya buat Tart telur pandan sempena abang sulung yang baru balik Terengganu awal pagi tadi.. Alang alang buat kuih raya, sempat singgah blog Dapur Tanpa Sempadan untuk tengok resepi tart telur pandan..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Untuk pertama kali buat percubaan boleh di katakan berjaya dan lagi sedap dari yang di jual dekat pasar… Eh~.. masuk bakul angkat sendiri nampak.. hahahah..

Macam biasa la saya kalu masak masak ikut resepi mesti tertinggal 1 barang atau terskip cara cara nak buat nya.. So jadi lah olahan sendiri..Yang penting semua cakap sedap!! hehe…

Bahan-bahan resepi tart telur pandan: 

  • 100 g mentega
  • 210 g tepung gandum
  • 50 g gula aising
  • 1/2 camca besar susu tepung (saya guna 2 sudu susu dutch lady)
  • 30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)

Bahan-bahan isian tart telur pandan: 

  • 1 kuning telur + baki telur yang 30 g tadi
  • 60 g susu sejat “IDEAL”
  • 30 g air
  • 25 g gula halus
  • 3/4 camca teh pandan paste / kalau tak cukup tambah warna hijau untuk pekat kan lagi warna
  • Secubit garam

Cara-cara membuat tart telur pandan:

Pastri/kulit tart :

 1. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga sebati.

2. Masukkan susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Rehatkan doh 20 minit.

3. Selepas 20 minit, ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Isian Tart:

1. Satukan semua bahan isian tadi dan kacau dengan pemukul hingga sebati dan gula hancur.

2. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung.

Bahagian terakhir, Tart Telur Pandan :

     1.  Panaskan oven 190’C .. Sekiranya ada api atas dan bawah, guna api bawah sahaja..

    2.  Tuang isian telur panda ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, jangan biarkan meleleh.

   3.   Bakar semula selama 20-25 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan.

   4.   Biar tat sejuk sedikit sebelum di hidangkan.. Siap!!

Resepi Tart Nenas Pandan 3Resepi Tart Nenas Pandan 2Resepi Tart Nenas Pandan

About the author

5 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge