my Resepi

Resepi Spaghetti Bolognese Ayam

Resepi Spaghetti Bolognese
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Spaghetti bolognese vs Spaghetti CarbonaraSaya pilih Spagehtti Carbonara.. sebab lagi sedap dan simple.. Spaghetti Bolognese sedap kalau diolah jadi makanan ala melayu seperti perlu ditmis dan tambah sedikit kepedasan.

Orang melayu memang tak lari dari makanan yang ada pedas. Mesti nak juga pedas.

Ni saya nak habaq Resepi Spaghetti Bolognese.

Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan bahan:

  • 1 paket spaghetti (500g)

Bahan untuk Sos atau kuah:

  • 8 ulas bawang putih
  • 400 gram isi ayam cincang
  • 350 gram udang atau sotong
  • 2 tin prego tomato, basil & garlic
  • 1 ikat daun sup dan daun bawang

Bahan A : (diblender)

  • 1 inci halia
  • 4 biji cili merah
  • 10 biji cili kering

Bahan B : (potong dadu)

  • 2 biji tomato
  • 1 biji cili capsicum hijau
  • 2 buji bawang besar
  • 100 gram cendawan butang (jika suka)

Cara cara memasak:

1- Rebus air mendidih, masukkan spaghetti . Tambah sedikit garam dan minyak masak bagi mengelakkan spaghetti melekat

2- Kuah : Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam, udang & sotong hingga separuh masak, tambah bahan A dan biarkan ia sekejap.

3- Masukkan prego dan sedikit air selama 5 minit.

4- Masukkan bahan B dan kacau selama 5 minit

5- Hidangkan makanan panas panas setelah siap bersama daun sup dan daun bawang..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Resepi Spaghetti Bolognese

Tadda.. dah siap. Resepi ni mudah saja. Boleh la kalau nak sajikan untuk keluarga sekali sekala makan makanan western. Kalau kat kedai belum tentu boleh dapat yang sedap. Kadang-kala tak kena dengan citarasa.

Ini boleh dikatakan Resepi Spaghetti Bolognese ala melayu. Kalau betul betul pure western, tak ada tumis ata tak ada pedas. Memang blank tomato sahaja.

Ingat iklan CHef Riz mengenai sos prego di televisyen? Kalau perasan iklan tu dia terus guna sos dalam tin tanpa perlu dimasak. Macam tu la citarasa orang barat. Memang pure. Rasa kemasaman tomato dan kalau tengok sos bolognese dia orang tak ada banyak bahan-bahan lain.

Tapi kita masukkan cendawan, lada banggala, isi daging, cili boh dan lain lain.

Haaa.. bagi anda yang nak cuba resepi yang lain boleh cuba yang ni..

  1. Resepi Spaghetti Carbonara Lada Hitam
  2. Resepi Spaghetti Rendang Kimball
  3. Resepi Spaghetti Kari Kimball

Apa-apa pun, selamat mencuba!

#

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network