i & Lifestyle my Resepi

Resepi Ramadhan : Burger Bakar

Written by Norfanil

Assalamualaikum.. Hai.. Aku dah lama rancang nak buat 1 hari, 1 resepi untuk bulan ramadhan. Memandangkan resepi pada bulan ramadhan adalah percarian tertinggi kat google search. Lagi lagi dekat laman web yang dipercayai seperti Myresepi.com.. Aku nak masuk pun kena awal. Bila dah pukul 4 , gerenti tak lepas nak access myresepi..

So untuk ramadhan hari 1 aku tahun 2013, aku buat resepi burger bakar untuk berbuka puasa memandangkan aku dan mak aku diet nasi. Hahah.. Sebenarnya, burger bakar ni aku buat sempena birthday aku yang ke 23 8 julai yang lepas. So ada baki daging, buat lah untuk puasa dan di olah jugak menjadi kebab.

So resepi burger bakar .. Bahan bahan yang di perlukan adalah

  • Daging Kisar (ayam pun boley)
  • Bawang sebanyak yang korang suka
  • Telur ayam 1 biji
  • Sos BBQ
  • Oregano  aku tak pakai
  • Blackpaper (Tak kisah yang nak kena tumbuk ataupun yang macam ajinomoto)
  • Whitepaper(Sama seperti di atas)
  • Keju
  • Garam
  • Seasoning(atas pilihan masing-masing hendak atau tidak)
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Salad

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bawang, ayam kisar, sos BBQ, Blackpaper, white paper, seasoning, dan telur. Gaul sehingga sebati. 
  2. Perapkan beberapa jam,

Apa yang aku boleh cakap, bahan bahan dia sangat mudah. Memang takda sukatan sebab ikut citarasa masing masing. Blackpaper, Sos BBQ, dan bawang boleh letak ikut sukatan masing masing. Takda salah nak letak banyak ataupun sikit. Dan daging kisar perlu di basuh sedikit untuk hilangkan bau darahnya.

Tapi, untuk mereka yang nak bakar menggunakan pemanggang ajaib, seelok eloknya, perab beberapa jam dalam keadaan di tos untuk mengeluarkan air yang terdapat dari daging. Jadi bila di bakar menggunakan pemanggang ajaib, daging tidak akan pecah atau berkecai. 

Bakar menggunakan pemanggang arang pula lagi senang, sebab air dari daging tidak akan bertakung seperti pemanggang ajaib. So tidak perlu risau daging tidak akan berkecai. 

Perghh..sedap..tapi gambar takde.. Yang kat atas tuh gambar hiasan dari burger bakar abang burn.. Biasala, ngap lagi laju, gambar tertinggal. Hehehe.. Kalau nak lagi sedap, salut dengan sos lada hitam buatan sendiri atau sos lada hitam yang di makan bersama chicken chop.. Senang je.. Search google..

pssst: Sekarang aku dah pandai masak dah.. takyah sukat sukat, main campak dan agak agak je.. maveles!!


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

6 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge