my Resepi

Resepi Puding Jagung Paling Mudah dan Simple

Resepi Puding Jagung Kastard Mudah -001
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Puding jagung. Favourite? Yes! Kesukaan saya juga.

Dulu selalu mama yang buat Puding Jagung, sekarang dah duk sendiri jadi sendiri la buat. Mengidam punya pasal kot. Lagipun dah lama tak makan puding jagung. Haritu kan pergi Cameron Highland, beli la jagung dari Cameron Highland.

Murah gile. Dapat 3 tompok RM20. 1 tompok ada dalam 8 batang jagung. Murahhh giler.. Akibat tamak, beli la banyak-banyak .. hahahaha

Jagungnya memang manis. Makan mentah macam tu boleh rasa kemanisannya. Memandangkan banyak sangat beli jagung di Cameron Highland, jadi kami buat la puding jagung.

Planning sangat lama. Dari Kakak ipar ada kat Malaysia, sampai dia dah balik Mesir baru jadi puding jagung hahahah.

Dan ini saya kongsikan resepi Puding Jagung Kastard. Mudah je, dalam 15 minit siap.

Resepi Puding Jagung Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 tin jagung manis
  • 1 cawan jagung segar yang di hiris (optional- sebab saya ada lebihan jagung cameron)
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara :

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk (Jangan buka api lagi).
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Setelah sebati, baru letakkan di atas dapur. Kacau hingga pekat.
  4. Tuangkan dalam bekas/loyang, dan simpan dalam peti. Biarkan sejuk
  5. Siap untuk dihidang.

Resepi Puding Jagung Kastard Mudah -002

Makan sejuk-sejuk memang sedap! Mudah kan. Rasa tak sampai 15 minit pun. Nak lagi sedap boleh letak campurna buah-buahan di bahagian bawah loyang. Dan orang cakap, lagi banyak jagung lagi sedap.

Boleh la cuba variasikan resepi puding jagung kastard ini ikut citarasa anda.

#

About the author

7 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network