Assalamualaikum…

Pernah dengar pasal popia nestum? atau pernah beli popia nestum yang di jual online atau kat mana mana kedai? Ha.. Beberapa minggu lepas roomate ada beli popia nestum. Harga untuk 1 kg dalam RM28.. Mahal la jugak.. Teringin juga nak tempah, tetapi bila search google resepi popia nestum horlick, baru tahu bertapa mudahnya nak buat..

Hari ni saya nak bagi resepi popia nestum horlick kat korang semua.. Sebab sekarang ni dah jadi rutin harian saya buat popia nestum di rumah sewa ni. Buat untuk diri sendiri mengunyah di waktu study dan untuk bekalan si dia semasa lapar dan mengantuk di kala memandu..

Kalau resepi popia nestum horlick yang asal, dia gunakan kaedah menggulung dan potong secara serong, tetapi resepi popia nestum horlick yang saya buat ni, tak perlu menggulung, hanya perlu di potong… Sebab tak larat nak menggulung punya pasal.. lenguh dan leceh..

Bahan bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus popia paket besar
  • Horlick
  • Nestum yang di kisar halus
  • Gula castor atau gula biasa yang di kisar

Cara-cara untuk membuat popia nestum paling mudah:

1) Potong popia nestum menjadi panjang dan lebarnya 1 1/2 inci seperti gambar berlabel 1.. Kemudian ┬áleraikan kulit popia 3 helai 3 helai… kalau 4 helai pon ok. Jangan terlampau nipis .. dan pastikan di biarkan melekat … jangan leraikan sehelai sehelai.. kalau terlerai sendiri, biarkan je

2) Kemudian aturkan kembali kepada susunan asal, dan potong menjadi segi empat tepat semua yang telah di leraikan..

3) Panaskan minyak sebanyak separuh daripada kuali, dan goreng sehingga kekuningan.

4) Toskan minyak, dan biarkan ia sejuk.

5) Letakkan dalam bekas yang mempunyai penutup, campurkan nestum, horlick dan gula.. Tutup bekas tersebut dan gongcang.. Sukatan untuk nestum, horlick dan gula bergantung pada rasa yang anda ingin kan. Kalau tak cukup rasa tambah lagi …

6) Dan akhirnya… Siap.. dah boleh makan!!..

p/s: alhamdulillah.. dah dua bekas si dia habiskan.. hanya dalam beberapa hari… katanya sedap sangat… ! Resepi Popia Nestum Horlick

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge