my Resepi

Resepi Omelette bersosej, ketam dan sayur sayuran

IMG_20130314_154925
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Resepi Omelette bersosej, ketam dan sayur sayuran  .. Biasa orang buat omelette di waktu pagi untuk sarapan.. Tapi aku makan omelette pada bila masa aku teringin nak makan..

 

Dulu mak aku pun selalu gorengkan omelette untuk kami makan sebelum pergi kesekolah.. Omelette sosej namanya.. Resepi omelette hanya menggunakan telur dan sosej. Kemudian makan dengan sos cili, mayonnaise, dan red bean dalam tin tuh. Perghhh.sedap. satu tak cukup.. cuit yang orang lain sikit. hehehe.

 

Sekarang bila aku duk rumah sewa, nak berjimat sikit, aku makan omelette bersosej, ketam dan sayur sayuran.. Simple, mudah dan kenyang… Korang nak ke resepi omelette aku punya? hahaha.. tak de apa pun sangat.. tapi resepi omelette aku aku letak sayur yang aku suka..

 

Resepi omelette bersosej, ketam dan sayur sayuran..

Bahan-bahan :

1 biji telur

1 batang sosej – di hiris

1 biji bebola (ikut suka nak letak bebola apa) – di hiris

1 ketam segera – dihiris

sedikit daun kucai – di potong 1 inci

1/2 batang saderi – di hiris

1 biji bawang kecil (kalau suka) – di hiris

 

Cara – cara:

1) Pukul telur sehingga kembang bersama daun kucai dan batang saderi yang telah di hiris..

2) Panas kan kuali leper, letak sedikit minyak dan masukkan telur

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

3) Taburkan bebola, sosej, ketam segera di atas telur. Jangan biarkan telur sepenuhnya goreng baru masuk bahan bahan.. nanti tak lekat pulak kat telur.. Taburkan cepat cepat selepas masukkan telur dalam kuali

4) Goreng sehingga garing.

5) Angkat, letakkan dalam pinggan dan sedia untuk di makan bersama bawang yang telah di hiris, sos cili dan mayonnaise… Wallahhh~

resepi omelet

p.s: aku selalu makan omelet ni.. boleh katakan hari hari.. sampai housemate aku kata, “asal aku balik je, aku nampak ko goreng telur,..” hahaha.. sekarang ni aku confuse… omelet ni menggemukkan ke tidak?  huh

#

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network