Assalamualaikum.. Akhirnya keluar jugak resepi nasi dagang Terengganu turun temurun.. Nak di jadikan cerita dulu Tok Cik jual nasi dagang dekat Kampung Banggol, Kuala Terengganu.. Boleh di katakan femes jugak sampai kerabat di raja turun Terengganu semata nak makan nasi dagang Tok Cik…

Dengar serita dari Mok Cik, dia cakap masa mula mula dulu, ramuan kuah nasi dagang memeng menjadi rahsia Tok Cik sahaja sampaikan dapur tak boleh masuk masa Tok Cik buat nasi dagang untuk di jual.. Bila ramuan dah masuk dalam periuk baru boleh masuk. Ia menjadi rahsia sehingga kan Mok Cik curi curi masuk dan dapat tahu rahsia gulai ikan aya paling sedap..

Saya kongsikan resepi kat sini, dan baca sehingga habis nak tahu resepi nasi dagang Terengganu turun temurun. Saya ingatkan susah nak buat nasi dagang.. Rupanya senang sahaja.. heheh.. Alhamdulillah.. dah pandai dah..

Resepi Nasi Dagang Terengganu:

Bahan-bahan untuk Nasi: –

  • 4 cawan beras Jati
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 in halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan….

Resepi Nasi Dagang Terengganu 2

Resepi Gulai Ikan Aya :

  • Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
  • Jangan buang air rebusan
    * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
    * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan gulai :

  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk  jintan putih
  • 2 hiris lengkuas (dikisar)
  • 1 hiris halia (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
  • 1 1/2  liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka.
  • Sedikit Belacan
  • 10 biji cili padi
  • sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk,  rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Nasi Dagang Terengganu 3

Resepi Acar Timun:-

  • Timun
  • Carrot
  • Cili Merah dan Bawang

– SEMUA  dihiris memanjang

  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Resepi Nasi Dagang Terengganu 4

Alhamdulillah.. Siap semua resepi bagi buat Nasi Dagang Terengganu turun temurun. Resepi rahsia dari tokcik … Apa yang rahsianya adalah, masukkan daging semasa masak santan.. Banyak mana? ikut anda.. Saya buat 8 cawan beras, so masukkan 1/2kg daging.. Cuba la.. InsyaAllah sedap! .. Selamat mencuba..

Resepi Nasi Dagang Terengganu Turun Temurun Tok Cik

:: Nasi Dagang, Rasa yang sama cuma lighting yang berbeza.. dan Orang yang sama yang buat di Hari Raya 2014… ::
Best of the best nasi dagang Tok Cik… Raya pertama makan..raya ke 10 pun makan.. Ini la nasi dagang yang sy share kat blog saya “Resepi Nasi Dagang Turun Temurun”… Along makan 3 pinggan… Fuhh #foodlover #foodporn #food #love #malaysianfood #traditionalfood

52 COMMENTS

  1. best.. terima kasih byk2..akak mmg cari resepi yg betul nk wt kuah ikan aye tu.. skala pkai masak x d0k rasa ganu 😉
    jutaan terima kasih ats set2 soalan yg awk kongsi kt blog ni.. moga dimudahkan Allah dlm semua urusan

  2. perghhhhhh! ini mmg bikin ambe nak meleleh air liur

    ambe tau, nasi dagang kat kampung banggol antara yg femes selain nasi dagang mok ngoh chendering

    terima kasih berkongsi resepi…yg resepi masuk daging tu mmg tak pernah dgr sbb mak kat kampung takde masukkan daging…mesti cuba ni!

    arghhh…rindu nak makang nasik dagang!

  3. Slm. Sy nak tanye, sy xbrape jelas psl yg masukkan daging masa masak santan tu. Daging ape ye? Maaf ye bertanye.

  4. aslmkm..mna nk cri rmpah rose ye.sy kt perak…sdihnye…sy teringin nk msk.santan tuk gulai ikn aye tu nk bnyk mne ye?

  5. Masak hari ini untuk keluarga.Dapat markah penuh!Sedap juga walaupun tiada rempah gulai.Terima kasih berkongsi resepi turun temurun.

  6. kalau x ada rempah rose. serbuk rempah yg dlm gmbar tu didouble utk tukar 15gram rose ya. pas tu guna sudu kecil ke sudu besar. tk

  7. […]  Nasi dagang berasal dari negeri Terengganu dibuat oleh orang bugis pada ketika dahulu yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Jika anda merasai nasi dagang ini pasti berasa satu nikmat yang sungguh lazat. Nasi dagang disajikan bersama gulai ikan, arca sayuran, dan sedikit sambal. Perbezaan dengan nasi lain, nasi ini berwarna merah sedikit dan gulai ikan yang dimasak sangat lebut sehingga tulang pun terasa lembutnya. Kebiasaanya masyarakat Malaysia menghidangkan Nasi Dagang ini pada Hari Raya Aidiladha, Open House dan kenduri kahwin. Bagi yang ingin mendapatkan resepi boleh klik > Resepi Nasi Dagang Terbaik ! […]

  8. Alhamdulilah..terima kasih fanil dgn resepi turun temurun ni. Akak da cuba buat nasi dagang dan kuah..bole la menjadi..puas hati bagi hsbd makan nasi dgang buatan tangan sendiri.. huhuuu

    • betul2 ( mcm Upin n Ipin sebut ) resepi ni original/pure/genuine…coz saya tahu masak nasi dagang n mcm2…belimbing buluh tertinggal…hehe…

  9. “Resepi rahsia dari tokcik … Apa yang rahsianya adalah, masukkan daging semasa masak santan.. Banyak mana? ikut anda.. Saya buat 8 cawan beras, so masukkan 1/2 kg daging.. ” Minta pencerahan. Pernyataan ini kurang jelas. Masukkan daging di dalam santan untuk memasak gulai?

  10. Masa saya kecil2 dulu, kami sekelurga adalah salah seorang peminat nasi dagang Banggol.
    Pagi2, tentu saya akan ikut makcik saya pergi ke Banggol utk beli nasi dagang ni.
    Memang sedap !!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge