Resepi Locong Paling Sedap!..

Assalamualaikum.. Hahah.. minggu ni kita cakap pasal Locong je.. Locong adalah makanan favourite orang terengganu dan kelantan. Locong ni macam cendol, tapi bukan cendol. Dimakan bersama santan, sedap yang amat. Fuhh~

Menurut blog Adrydaud locong boleh di makan beberapa cara.

  • Cara pertama menuangkan santan yang dimasak dan dicampurkan air gula melaka/gula merah(seperti kuah cendol).
  • Cara kedua, tuangkan susu pekat manis dan sedikit air masak, kacau rata dan boleh dimakan.
  • Cara ketiga iaitu cara paling mudah, campurkan air gula ke bekas yang diisikan dengan locong dan nikmatinya.

Untuk menyedapkan lagi locong, aku sarankan masukkan mempelam epal, nangka, cocktail, dan buahan-buahan yang ada.. Sedap bak hangg.. Kami sekeluarga hari hari makan locong semasa berbuka..

# kalau pandai boleh buat sendiri.. resepi locong  hanya perlukan cendol, susu cair/santan dan buah buahan sebagai tambahan.. warna warni locong aku buat.. kekeke

9 thoughts on “Resepi Locong Paling Sedap!..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge