Assalamualaikum semua. Dah lama kan tak share resepi. Hari ni I nak share resepi Resepi Lala Masak Sos Masam Manis Paling Sedap dan Mudah! Kenal tak lala? Kalau tak tahu sila google. Haha.. Takut terkeliru kang.
Mudah sebab bahan-bahan dia pakai sos biasa sahaja. Yang penting kena cari makanan laut lala yang fresh. Baru sedap nak hirup kuah dia bila makan. Rasa fresh dan manis.
Bahan-bahan yang I guna mudah je. Tak rumit. Boleh didapati di kedai runcit kecuali lala. Susah jugak la nak cari lala kat Kuala Lumpur ni. Mujur I dah pindah Nilai. Ada supermarket nama Zemart yang jual barang basah sangat murah.
So ZeMart ni dah jadi tempat shopping untuk I masak setiap hari.
Resepi Lala Masak Sos Masam Manis Paling Sedap
Bahan-bahan :-
- 1 kg Lala
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu cili giling (beli yang siap dah tu)
- 1 sudu tepung jagung
- 1/3 cawan air.
- Garam
- 2 sudu gula. Kalau xnak manis kurangkan.
- 1 1/2 sudu minyak masak
Cara-cara :-
- Basuh lala sehingga bersih. Dan tos kan.
- Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.
- Masukkan cili giling. Masak sehingga garing.
- Masukkan sos cili dan sos tomato. Kalau nak lebih masam, tambah sos tomato lebih. Masak sehingga pekat.
- Masukkkan air dan lala. Kacau dan biarkan sehingga masak. Kalau LALA dah terbuka maksudnya dah masak.
- Masukkan garam dan gula. Sehingga ada rasa manis dan masam secukupnya.
- Sekiranya kuah cair, bancuhkan tepung dengan sedikit air. Dan tuang ke dalam kuali. Biar masak sehingga pekat.
- Dan siap untuk dihidang.. Yummm
Mudah kan.. Kalau ikutkan resepi I buat campak-campak je. Kalau ada bahan banyak I masukkan serbuk lada hitam juga. Tapi ini paling simple la I buat. Senang.
Makan dengan nasi panas-panas. Kalau ada timun kampung, buat timun sebagai ulam.
Ada setengah orang tak suka makan bende bercengkeram ni. Sebab berat je lebih, isi takde. hehe.. tapi I suka. Makan dengan nasi atau ratah sahaja..
Yang bujang boleh cuba, yang dah berkahwin pun boleh cuba. Resepi Mudah dari Norfanil.
Selamat mencuba.