my Resepi

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Alhamdulillah.. Bulan puasa ni dapat rezeki ketam dari papa. Papa buat balik khas untuk anak dia ni.. Sebab suka sangat makan ketam. Minggu lepas dah buat maggie ketam, so beberapa hari lepas saya buat Ketam Masak Lemak Cili Padi.

Dari masak, sampai makan semua saya. Adik beradik lain tak suka makan sangat melainkan di goreng garing. Ngap terus masuk mulut sekali dengan kulit kulit.. Hehe.. Sebenarnya tak elok makan kulit ketam atau udang sebenarnya sebab lambat hadam..

Ingat susah nak masak ketam masak lemak cili padi, rupanya senang je.. Blend bahan bahan, masuk dalam periuk siap! hehehe.. Yummy …

Ok ini resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi saya punya style.. Tapi agak pedas sikit yaaaa… =)

Bahan-bahan Ketam Masak Lemak Cili Padi:

  • 4-8 ekor ketam 
  • 4 biji cili besar (kisar)
  • 10 biji cili papi (kisar)
  • 8 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • garam dan serbuk perasa

Cara-caranya :


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 
  1. Kisar cili besar, cili padi, bawang merah dan putih.
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi bersama-sama  dengan serai. 
  3. Masak dengan api yang sederhana 
  4. Kacau sampai santan mendidih.
  5. Masukkan ketam Kacau lagi sampai ketam masak.
  6. Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa serta daun kunyit.
  7. Biarkan sampai mendidih dan tutup api.

Siap!!.. Alhamdulillah.. mudah je rupanya. SO lepas ni kalau mengidam boleh buat sendiri. Oh, kalau taknak pakai ketam boleh guna udang ataupon seafood yang lain. Ikut citarasa anda.. Hmm.. Macam sedap je kan kalau buat udang.. hehe..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Tunggu next round. tertunai hajat dihati nak makan ketam… ggrrr.. Selamat mencuba

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

4 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge