my Resepi

Resepi Kek Pelangi Coklat

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Resepi Kek Pelangi Coklat.. Cuti semester 2 bulan lebih dah mula, so aku dah mulakan lagkah untuk jadi chef tak berbayar.. Ini yang pertama. Kek Pelangi Coklat. Bahan Bahan dia aku ambil dari sebuah blog Mama Danish & Damia.So sesiapa yang nak try meh la..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Bahan-bahan:


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 
  • 430gm tepung gandum all purpose
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250gm mentega
  • 340gm gula kaster
  • 375ml susu segar
  • 5 biji putih telur suhu bilik
  • 2 sudu teh esen vanila / badam
  • Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

Tapi untuk resepi ni aku tukar whipping cream kepada coklat memandangkan takde whipping cream. Kalau nak guna whipping cream boleh ikut bahan bahan ni..

Whipping Cream

  • Untuk lapisan di tengah kek :
  • 400ml whip topping krim – di putar hingga kembang
  • (untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Untuk topping :  Cream Cheese

  • 250 grm cream cheese,
  • 50 grm butter + 100grm icing sugar + 2 tbs susu segar

Kalau nak guna coklat, buat coklat macam biasa untuk kek Moist.

Cara-cara :

1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.

2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.

3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.

5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang di alas aluminium foil yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.

6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.

7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu coklat secukupnya di setiap lapisan

8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan coklat dan siap untuk dimakan.

p/s: pastikan coklat anda tak begitu manis.

25062012011

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge