Resepi Kari Ayam Mudah 2
Resepi Kari Ayam Mudah 2

Resepi kari ayam tanpa santan. Kalau ikut plan nak buat Kari Ayam dengan santan. Tetapi memandangkan along saya nak bawa bekal ke ofis keesokkannya, terpaksa la buat kari ayam tanpa santan.

Mula-mula nak google juga resepi kari ayam tapi last-last campak je la. Rupanya senang sangat nak buat kari ayam tanpa santan ni.

Saya buat untuk 3 orang makan, jadi ada 3 ketul ayam la. Boleh tengok bahan-bahan dan resepi nak buat kari ayam seperti dibawah.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Resepi Kari Ayam Mudah
Kari Ayam

Bahan-bahan:

  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu rempah kari
  • 1 bunga lawang
  • 1 kayu manis
  • 1 cengkih
  • 1/2 bawang besar kuning
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kentang
  • 3 batang bendi
  • 1 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • secubit rasa

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih bersama kayu manis, cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari. Goreng sehingga wangi.
  3. Masukkan air. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam. Biar sehingga masak.
  5. Masukkan secubit rasa atau garam dan gula.
  6. Biar sehingga sedikit pekat. Rasa dan siap untuk di hidang!

Mudah je kan.. Kena rajin je.. Kalau malas ape pun tak jadi..

Resepi Kari Ayam Mudah 2
Resepi Kari Ayam .. sangat mudah!

Boleh dimakan bersama nasi dan sayur. Sayur nak resepi jugak ke? Adeh. Sayur pun campak-campak je. Mudah je ha.

Resepi sayur kobis
Sayur Kubis

Kari ayam tanpa santan sedap di makan dengan cili hijau. Perghhh…

Selamat mencuba. Nak resepi lain? Boleh tengok sidebar di sebelah kanan!

 

8 COMMENTS

  1. wah.. sgt mudah. sy penah buat juga kari ayam tnpa santan, bkn seb utk sihat tp seb santan xde dlm rumah n malas nk kuar beli..hehe.. tapi still sedap. Bila cita kt mak, mak kata tu namanya kari mamak seb kari mamak tak de santan =)
    Norsalihah recently posted..Apabila cik Merah berasapMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge