my Resepi

Resepi Ikan Singgang Terengganu Paling Senang! Campak-campak je!

Resepi Ikan Singgang Terengganu
Written by Norfanil

Orang terengganu kalau tak pandai masak ikan singgang Terengganu memang la teruk benor. Ok. Sebenarnya Norpa pun baru first time buat singgang ikan ni. haha.. Nampak sangat kan…

Memang sedia maklum, ikan singgang ni la makanan paling mudah dan senang dimasak. Sebab bahan-bahan dia simple saja.

Tapi memandangkan Norpa pun pertama kali nak masak, tanya la jugak mama. Tapi sukatan memang gamble. Tak ada sukatan langsung. Potong, campak campak dan agak-agak je.

Orang bujang macam ni la. Leceh tau nak ikut resepi satu satu dengan ukuran inci. So lebih baik agak-agak je.

Resepi Ikan Singgang Terengganu

Resepi Singgang Ikan Terengganu Paling Senang!

Resepi ikan singgang Terenggganu ni sangat mudah. Hanya beberapa bahan je diperlukan.

Bahan-bahan:

– Ikan Selayang 2 ekor (ikan lain pon boleh) * nak sedap pakai ikan aya
– Lengkuas 4 inci (diketuk)
– Kunyit 4 inci
– Bawang putih 4 ulas (diketuk)
– Kacang bendi 4 batang (dipotong 2) (xnak letak pon takpe)
– Air Asam jawa (ikut suka hati) Sepatutnya asam keping, tapi tak ada..
– Air 1 1/2 cawan
– Garam dan secukup rasa

# yang berinci inci tuh, semua Norpa agak-agak je.. Sebenarnya, saya letak ikut suka hati. Haha..

Cara-cara
1- Masukkan air dalam periuk dan campakkan sekali lengkuas, kunyit dan bawang putih. Biar mendidih.
2- Masukkan ikan, air asam dan kacang bendi. Biar sampai ikan masak.
3- Masukkan garam dan secukup rasa. Biar mendidih. Dan siap untuk dihidang.

Pergh. Mudahkan masak Ikan Singgang Terengganu. Sesuai untuk orang yang handcore gile dengan budu. Sebab sekali makan nasi dengan ikan singgang dan budu, gerenti tambah 2 kali. Confirm! Haha.

Resepi ni sesuai untuk orang yang bujang, yang malas nak masak. Paling simple, tung tang tung tang, masukkan air, campak semua, tunggu mendidih dah boleh makan.  Terrer tak norpa masak? 

So, tiada alasan lagi payah nak masak..

Jangan lupa cuba Resepi Ikan SInggang Terengganu paling senang ni. Kalau nak buat Daging singgang, just tukar ikan dengan daging je ye. Tapi kena masak lama sikit.. Mudah je!

Masakan Terengganu memang sedap!

p/s: Berat badan Norpa dah naik balik sekarang. Kerana budu! Haish… Budu ni sangat ‘berbahaya’… sangattttttt….


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

12 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge