Resepi Chicken Grill Black Paper Pasta Mudah dan Jimat 4

Hi,

Hehe.. Dah lama tak munculkan resepi baru. Erk.. tak ada la resepi baru. Tapi ini resepi hasil dari saya pergi makan kat sebuah kedai Western di Kampung Bharu hari tu, Pekan Station.

Saya makan Mixed Grill Pasta, dan rasanya sangat sedap!. Harga pun murah RM16. Cuma tak tahan nak balik rumah kena mengadap jem.

Hari ni saya buat sendiri, ikut Resepi Chicken Grill Black Pepper Pasta sendiri.  Puas hati makan. Ini resepi nya…

Resepi Chicken Grill Black Paper Pasta Sangat Mudah dan Jimat 2

Resepi Chicken Grill Black Pepper Pasta Kegilaan Ramai..

a) Resepi Pasta Simple

Bahan-bahan :

  • 1/2 bungkus Spaghetti
  • Minyak 1 sudu
  • 1 sudu butter/majerin
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 1/3 gelas air
  • 1/2 sudu besar origano (optional)
  • 1/2 sudu serbuk lada sulah
  • Garam dan secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Rebuskan Spaghetti bersama dengan 1 sudu minyak sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan ketepi.
  2. Panaskan kuali, masukkan butter dan bawang putih sehingga cair.
  3. Masukkan air, spaghetti, origano, dan lada sulah. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan garam dan secukup rasa. Rasa la sampai cukup rasa.. nge.. siap. asingkan ketepi..

Resepi Chicken Grill Black Paper Pasta Sangat Mudah dan Jimat 2

b) Resepi Chicken Grill Simple

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ayam bahagian dada
  • 3 sudu kicap
  • 1 sudu serbuk black pepper
  • 1 sudu lada sulah
  • 2 keping chisdel (optional)
  • Aluminium Foil

Cara-cara :

  1. Letak aluminium foil di dalam trail.
  2. Gaulkan ayam bersama lada sulah, serbuk black paper, dan kicap. Tinggalkan selama 10 minit.
  3. Panaskan oven 150’C, masak ayam selama 20-30 minit.
  4. 5 minit terakhir, letakkan chisdel kalau nak. Then siap.

c) Resepi Sos Black Pepper Simple

Bahan-bahan:

  • 1 sudu butter/majerin
  • 1 labu bawang kuning / bawang besar di potong dadu.
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 2 sudu serbuk black paper (sederhana kasar / halus)
  • 3 sudu kicap (kalau nak hitam tambah smpai 5 sudu)
  • 1 sudu serbuk lada sulah
  • 1 sudu secukup rasa
  • garam dan gula

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dengan butter dan juga bawang yang dipotong dadu sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan tepung gandung. Kacau.
  3. Masukkan air, lada sulah, black paper. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kicap, warna bergantung pada berapa banyak kicap diletakkan. Biar mendidih.
  5. Masukkan secukup rasa, garam dan gula. Rasa la sehingga sedap menjadi..
  6. Siap!

d) Broccoli dan carrot nak resepi jugak ke? hahah.. Tak payah la.. Just stim je kedua – duanya.   Siap kesemuanya. Cara nak susun dalam pinggan nampak menarik? Pintalkan pasta di bahagian tengah pinggan, susun sayur di sebelah kanan dan letakkan ayam yang telah dipanggang di sebelah kiri.

Curahkan sos black pepper keatasnya.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge