Resepi Cheese Cake Special Cadbury Mudah 2

Hi,

Kali ni nak share resepi cheese cake coklat hazelnut. Sebenarnya tak rancang nak buat. Tapi memandangkan 11.12.2015 haritu hari jadi Izni, dan 12.12.2015 hari jadi adik saya, saya pun buat la semalam.

Memandangkan Izni memang hantu cheese, saya buat la jugak cheese cake ni untuk dia. Ye la, sedih benar dengar bila dia cakap tak ada celebration. haha

Tak apa Izni, sat gi saya hantar Cheese Cake Hazelnut Cadbury ni ke Office awak. Hehe.

Resepi ni mudah je.

Resepi Cheese Cake Coklat Hazelnut Special

Resepi Bahagian base

Bahan-bahan untuk base:

  • 3 cawan oat
  • 150ml buttercup

Resepi Cheese Cake Special Cadbury Mudah 3

Cara-cara buat base:

  1. Panaskan kuali, cairkan buttercup.
  2. Masukkan buttercup dan gaul sehingga oat melekat.
  3. Ratakan oat yang telah dicampurkan cairan buttercup di dalam loyang.
  4. Biarkan ketepi, dan mula untuk bahagian cheese.

Resepi Cheese

Bahan-bahan untuk cheese:

  • 500ml Tatura Cheese
  • 250ml Whipping Cream
  • 125 gram Gula Kastor
  • Telur 2 biji
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • 2 sudu Sunquick
  • 350ml Coklat Hazelnut tak kisah la jenama apa pun. Cadbury ke..
  • Aluminium Foil

Resepi Cheese Cake Special Cadbury Mudah 4-horz

Cara-cara buat base:

  1. Putarkan Tatura cheese, wipping cream dan juga gula. Putar sehingga sebati. Memandangkan saya tak ada pemutar, jadi dengan yakinnya saya guna blender. 😉
  2. Bila dah sebati, masukkan telur satu persatu. Dan terus putar.
  3. Masukka esen vanila dan sunquick. Putar sehingga sebati.
  4. Ambil loyang base tadi, dan masukkan cheese yang sudah siap diputar tadi ke dalam loyang.
  5. Potong Coklat Hazelnut  mengikut petak yang ada, dan susun di atas cheese dalam loyang tadi dan tekan sehingga tenggelam. Pastikan tenggelam. Letak la sebanyak mana yang nak. Tinggalkan sikit, dan hancurkan untuk ditabur di atas kek.
  6. Guna aluminium foil untuk diletakkan di bahagian bawah dan sekeliling loyang. Dan letakkan air di bawah bekas besi oven yang tersedia semasa membakar supaya kek nampak cantik.
  7. Bakar 40-50 minit dengan suhu bawah sahaja, dengan suhu 150 darjah celcius.
  8. Selepas 40 minit cucuk bahagian tengah nak tengok dah masak ke belum. Kalau masih nampak cair, teruskan membakar sehingga masak.

Ini la hasilnya. Memandangkan saya lupa nak letak aluminium foil, warna nya kurang cantik. Kalau letak aluminium foil dan bakar atas air, lagi cantik.

Resepi Cheese Cake Mudah

Resepi Cheese Cake Special Cadbury Mudah 2

Nak lagi senang boleh tengok video ni. Sebenarnya ada banyak resepi mengenai cheese cake. Kalau tengok video ni pun agak berbeza dengan resepi yang saya tulis kat atas.

Tapi ini cheese cake basic. Step lebih kurang sama sahaja. Cuma bahan bertukar.

Who knew homemade cheesecake could be so easy?! Thanks, Blue Jean Chef!!

Posted by Alberti Popaj QVC on Tuesday, December 8, 2015

So selamat mencuba!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge