Resepi Brownies Sedap & Mudah Sukatan Cawan! | Agak lama tak baking dan tak share resepi kat blog ni. Hari ni tiba-tiba kakak kita suruh kita buat brownies. Tak pernah-pernah buat.

Minta resepi dekat rakan-rakan blogger, dapat la resepi dari kak Erny dah siap buka untuk rujukan. Tapi, tiba tiba malas nak sukat gram-gram ni. Malas nak ambil penimbang, last last google jumpa la Resepi Brownies Sedap & Mudah Sukatan Cawan!. Terus buat.

Tapi saya ada ubah sikit resepi Rahsia Jelita Hawa ni sebab saya tak ada tepung penaik.

Here you go!

Resepi Brownies Sedap & Mudah Sukatan Cawan 3

Resepi Brownies Sedap & Mudah Sukatan Cawan!

*** Sukatan ni untuk bekas 10 x 10.. kalau nak buat 8 x 8, bahagi 2 ye sukatan ni..

Bahan-bahan A :

  • 250 gram butter
  • 1 cawan dark chocolate Beryl's

Resepi Brownies Sedap & Mudah Sukatan Cawan 5

Cara bahan A :
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.

Bahan-bahan B :

  • 1 3/4 cawan gula perang
  • 1 cawan gula castor
  • 4 biji telur Gred A

Cara-cara bahan B :
1. Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
*tidak perlu hingga kembang
**guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer

Bahan-bahan C :

  • 2 cawan tepung
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Secubit garam
    (Ayak semua bahan)

Cara untuk satukan semua bahan :

1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Saya akan biarkan bahan A sejuk dulu, baru saya campurkan. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.

2. Kemudian masukkan bahan C yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk.
(Penting : Cara kacau guna kaup balik je ye. Jangan terlebih kacau)

3. Sapukan butter pada loyang 10"x10". Boleh alas dengan baking paper/parchment paper kalau ada dan sapukan juga butter pada baking paper. Kalau tak ada baking paper pun tak apa.. Panaskan oven 160c selama 5 minit sebelum masukkan loyang.

4. Bakar lebih kurang 45 minit pada suhu 160c. Api bawah selama 40 min, 5 min api atas bawah.

5. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Sendal dengan pencukil gigi kalau pintu tu tak boleh dibuka sedikit. Masa ni baru kedut akan terbentuk.

6. Keluarkan apabila dah sejuk. Dan potong! Siap untuk dimakan :)

Resepi Brownies Sedap & Mudah Sukatan Cawan 3

Alhamdulillah.. senang je rupanya.. Ingatkan payah.. Boleh dah buat bisnes lepas ni.. Hehe..

Selamat mencuba resepi brownies sukatan cawan..

19 thoughts on “Resepi Brownies Sedap & Mudah Sukatan Cawan!”

  1. Wuhuuuu. Emi suka makna brownies tapi tak reti nak buat haha. Selalu pun memang beli je. Teringin gak nak belajar buat sendiri. Nanti boleh cuba resepi ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge