Biskut pertama untuk hari raya dah siap. Raya sebelum ni pun buat biskut cornflakes, tapi agak tak menjadi sebab dia tak crunchy. Kali ni guna resepi baru resepi biskut cornflakes pop yang crunchy..

Mudah je nak buat biskut raya ni hanya beberapa jenis bahan digunakan. Dan bila makan, meletup-letup pop cornflakes dalam mulut.. fuh~.. ehh.. ok saya puasa, tak makan lagi.. saya bagi my meow  makan biskut cornflakes… kelas kau jah~~ makan biskut cornflakes. hahahaha

Bahan bahan biskut cornflakes:

  • 250 gram mentega
  • 140gram gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 250 gram cornflakes

Bahan A :

  • 200 gram tepung jagung
  • 140 gram tepung gandum
  • 1/4 camca teh serbuk penaik.

Kami buat cukup cukup je, dah taknak buat lebih nanti membazir.. Sampai raya haji tahun depan pun tak habis. Kalau anda nak buat banyak double kan adunan yang di berikan..

Cara-caranya:

1) Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan kembang

2) Masukkan telur dan esen; kacau sehingga sebati

3) Kauk balikkan semua bahan A dan Cornflakes (diramas); gaul rata

4) Bulatkan adunan dan letakkan di atas bekas pembakar yang di lenser dengan mentega

5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 12-15 minit.

 Resepi Biskut Cornflakes Pop 2

Resepi Biskut Cornflakes Pop

Gambar di ambil menggunakan Samsung S3

12 COMMENTS

  1. Tak bagi tau plak pasal nak masukkan tepung. Your flour is missing in the resepi ~ just saying ya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge