Ini lah yang best kalau duk rumah. Cuti 2 bulan akan aku manfaatkan hari hari ku dengan belajar resepi memasak. Hehehe… Aku lah yang mewarnai dunia makanan rumah aku ni.. Kalau tak hari hari sampai tak tau nak masak apa dah.. So aku senang je.. meh la kita google.

Sebelum ni dah pernah buat ayam percik, tapi tak jadi. Hajatnya nak buat ayam madu memandangkan ada banyak hati dan pedal yang papa bawak balik. Ye la, ayah aku kan jual ikan dan ayam. So kul 11 tuh dia dah bawak balik pedal dan hati ..

Disebabkan dia bawak balik dalam kuantiti yang banyak, aku try la cari resepi untuk buat ayam madu tapi aku jumpa resepi ayam percik pulak…. Kekeke.. Hasilnya macam dalam gambar tuh.. yummm..

Resepi ayam percik dari Hepimumcook:

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam ) tapi aku guna half dari semua bahan2 ni..sebab aku buat sekor je..
  • 500 gm bawang besar- diblender
  • 50 gm halia – diblender
  • 50 gm lengkuas – diblender (xmasukkan.. lupa nak beli)
  • 50 gm bawang putih – diblender
  • 5 batang serai – diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.. Jangan risau kalau kuah warna oren..
  4. Bakar ayam guna pemanggang ajaib, masukkan sekali kuahnya, untuk dimasak lebih garing.. SO jadi lah kaler merah..
  5. Siap untuk menjamu selera
— Aku dah confused.. Gambar ni macam ayam madu pasar malam.. Tapi di tulis ayam percik.. Sebab tuh aku guna resepi ni dari blog Hepimumcook ni.. Haha.. tapi hasil aku punya tak macam ni.. kekeke

 

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge