my Resepi

Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Mudah! Menjadi weh!

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Wah.. Ramadhan ya Ramadhan. Ramainya cari resepi untuk berbuka puasa. Kali ni aku nak share dengan korang, satu resepi ayam masak merah paling sedap aku pernah buat. Sumpah tak tipu.

Mula mula dulu buat Ayam Masak Merah jadi warna merah biasa je. Aku selalu fikir, macam mana orang buat ayam masak merah jadi warna merah pekat macam warna hati. Ingatkan letak gula melaka. Tapi bukan.

Tapi tak sangka, lepas buat berulang kali, akhirnya jadi juga ayam masak merah warna merah hati! Serius sedap. Makan nasi putih bertambah banyak kali.

Ayam masak merah ni sebenarnya memang sedap makan dengan Nasi Minyak. Aku ada kongsi resepi nasi minyak di blog aku. So kali ini aku nak share resepi Ayam masak merah. 

Apa resepinya? Ala mudah saja.

Resepi Ayam Masak Merah Mudah!

Bahan-bahan diperlukan:

  • Ayam setengah ekor (digoreng terlebih dahulu)
  • 3 sudu besar Cili Giling (Boleh letak banyak kalau nak pedas)
  • 1/2 batang Kulit Kayu Manis
  • 3 ulas Bawang Putih  (kisar)
  • 1/2 inci Halia (kisar)
  • 2 biji Bawang Merah Besar (kisar)
  • 1/2 inci Lengkuas (kisar)
  • Sos cili
  • Sos Tomato
  • Pes Tomato
  • Garam & gula. (nak manis gula lebih)
  • 1 labu bawang besar kuning (dihiris bulat)
  • Daun bawang (dihiris)

Cara-caranya:

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili giling sehingga garing dan kegelapan! (wajib)
  2. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama iaitu bawang putih, halia, bawang merah besar dan lengkuas. Sehingga betul betul garing dan sedikit gelap! (wajib)
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, pes tomato dan garam serta gula secukup rasa.
  4. Biarkan mendidih sebelum di masukkan ayam yang telah di goreng..
  5. Taburkan bawang dan daun bawang yang dihiris.
  6. Gaulkan Siap dah untuk di hidang..!

Apa beza Pes tomato dan Sos Tomato?
Pes tomato letak banyak tak masam, macam sos tomato. So nak sedap lebihkan pes tomato dari sos tomato.

Jadi tak macam ni ?

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah

Tak jadi macam ni? atau lebih gelap sikit? takpe.. janji sedap!

Sebenarnya tak ada gambar, takdan nak amik gambar orang dah kauk. So iras-iras macam ni la. Serius sedap!

 

#

About the author

4 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network