my Resepi

Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat

Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat -002
Written by Norfanil

Hi,

Dah lama tak kongsi resepi.

Hari ni nak konsi resepi apam susu milo yang diolah sendiri oleh saya. hehe.. Sebelum ni mama yang selalu buat apam susu, sedap dan sangat senang.

Kali ni sendiri buat, sebab tiba-tiba terasa nak makan dan ingin sesuatu untuk dikunyah setiap kali buat kerja.

Resepi Apam Susu Milo mudah sahaja. Tak perlu bakar, hanya perlu kukus. Dan tak ada planta atau magerin yang digunakan. Sangat simple.

Saya hanya menggunakan mesin pengisar untuk mix kesemua bahan-bahan. Tak perlu mixer. Sebab tak ada mixer. hehe..

Resepi asal hanya resepi biasa dengan pewarna. Tapi saya olah letak milo sebab dah niat nak kongsi apam susu ni dengan Umar yang suka sangat cokelat. Tapi cokelat setoet je hahaha..

Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred B 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 cawan tpung gandum (diayak)
  • 6 sudu besar Milo + 4 sudu besar Milo = 10
  • Pewarna hijau (ikut kesukaan)

Cara-cara:

  1. Gunakan blender , campur kesemua telur,esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat dan blend sehingga halus dan kembang. Tuangkan ke dalam bekas.
  2. Masukan tepung dan gaul secara kauk balik sehingga rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian kepada warna hijau, dan satu lagi bahagian masukkan 4 sudu besar Milo.
  4. Ambil loyang dan jangan lupa untuk sapu majerin pada bahagian bawah dan tepi loyang, untuk mengelakkan ia melekat.
  5. Masuk adunan hijau separuh, kemudian masukkan kesemua adunan yang ditambah Milo.
  6. Kemudian taburkan 6 sudu Milo dan seterusnya kesemua adunan hijau yang masih berbaki separuh tadi ke dalam loyang.
    Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat -002
  7. Gunakan cover plastik untuk tutup bahagian permukaan loyang untuk elak air wap menitik atas kek.
  8. Panaskan pengukus, dan kukus selama 45 minit – 1 jam. Sebelum angkat cucuk dulu dengan lidi, kalau ada adunan melekat pada lidi maknanya belum masa. Biar sehingga masak. 🙂

Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat -002

Amacam? mudah tak?

Kalau taknak guna Milo, boleh je olah resepi ni ikut kesukaan anda. Lepas ni nak cuba selitkan coklat cadbury dalam apam kukus ni. Agak-agak sedap tak?

Selamat mencuba.. 😉


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge