Rawatan Rambut CitySkin MediSpa Hair Rich

Hi,

Makin hari makin banyak rambut gugur. Entah kenapa la. Doktor kata, kalau rambut gugur 100 helai sehari adalah normal. Tapi kalau lebih tu tak normal.

Erk, macam mana nak kira? Haha. Agak-agak je. Kita boleh nampak dalam rumah sendiri, lantai rumah sendiri, banyak mana rambut gugur.

Ada yang cakap, kalau rambut gugur, gunting pendek kan sahaja. Baru rambut gugur dan bermasalah berkurangan.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang dah bersuami? Kalau nak gunting rambut kena minta izin. Kalau suami kata tak boleh, maknanya tak boleh la.. Jadi cara terbaik adalah pergi buat rawatan rambut di Spa.

Ini saya nak kongsikan satu spa untuk anda.

CitySkin MediSpa Hair Rich, Bangsar South

Banyak spa yang menawarkan rawatan rambut gugur dan rosak. Tapi kena ingat, pastikan rawatan rambut dibuat di tempat yang betul.

CitySkin MediSpa Hair Rich yang terletak di Wisma Life Care, Bangsar South. Kalau nak cantik jelita dan sihat boleh terus ke MediSpa Hair Rich sebab ia merupakan gabungan antara Klinik dan Spa.

Apa yang bagus bila ada spa rawatan rambut dengan klinik, kita boleh mendapatkan khidmat nasihat yang mempunyai masalah kesihatan, dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Kenapa saya cakap macam tu? Masalah rambut gugur bukan masalah rambut semata-mata, tetapi mungkin bersangkut paut dengan masalah kesihatan yang lain. Jadi, sangat perlu bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Rawatan Rambut CitySkin MediSpa Hair Rich

Gabungan Klinik dan Spa inspirasi ibu dan anak

Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi ibu dan anak, Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun dan anak beliau Siti Farah Azwin Abd Khalid, 26 tahun.

Doktor Wan Julia Sham merupakan seorang pakar Anti-Penuan dan Estetik dan antara doktor Melayu pertama di Malaysia menerima Board Certified in Anti-Aging & Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA).

Rawatan Rambut CitySkin MediSpa Hair Rich -009
Dari kanan, Doktor Wan Julia Sham Dato Ariffin, Siti Farah Azwin dan En. Khalid

Apa penyebab rambut gugur?

Menurut Doktor Wan Julia, peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar dan lain-lain, menjadi punca ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan rambut gugur dan sekaligus membawa kepada masalah kemurungan yang mungkin akan menjejaskan prestasi kerja.

Untuk anda diluar sana, cuba luangkan masa untuk beristirehat dan jauhkan diri dari kerja yang stress sementara waktu.

Kalau nak lagi best, dan tak tahan sangat dengan masalah keguguran rambut atau masalah kesihatan lain, boleh dapatkan khidmat rawatan dari Cityskin Medispa.

Kami sempat melihat sendiri process rawatan rambut gugur di Hair Rich, Bangsar South. Menarik dan tak sabar nak dapatkan rawatan di sini.

Kalau anda ada masalah rambut, jangan segan-segan jumpa mereka. Mereka sangat friendly, dan tanya apa sahaja, mereka akan jawab.

Semoga kita sama-sama jadi sihat jelita dan cantik bersama-sama! hehe

[su_note note_color=”#d9fff8″]Cityskin Medispa – bermula pada tahun 2012, dan Hair Rich World Intergrated Trichology Center pada tahun 2015. Ditubuhkan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan kecantikan secara seiring. Ia menawarkan perkhidmatan khusus dalam penjagaan Kecantikan & Kesihatan terutamanya pada penjagaan kulit muka dan masalah keguguran rambut pada semua lapisan masyarakat dari yang muda hingga yang tua. [/su_note]

Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:

Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre,
Tanan Ampang Utama,
68000 Ampang Selangor
03-4253 5257
FB dan IG : CITYSKIN MEDISPA

Hair Rich World Intergrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care,
5 Jalan Kerinchi, Bangsar South,
59200 Kuala Lumpur
03-2242 0880

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge