Hari Jumaat lepas , aku sempat pergi Biolyn Hair Spa dekat Seri Kembangan dengan family aku. Nak ajak kawan tapi masing masing dah pulang ke kampung halaman. Untuk mereka yang tak tahu apa tuh BIOLYN HAIR SPA boleh baca di sini Promosi Biolyn Hair Spa Hanya RM10 .. aku ada terangkan, TAPI promosi yang ditawarkan dari pihak aku dah TAMAT.. cukup 27 orang..

 

Untuk mencari Biolyn Hair Spa sangat senang, hanya bersebelahan SOUTH CITY PLAZA. Pengalaman kat sana memang best dengan pekerja yang friendly, dan treatment yang memuaskan. Biolyn juga memuaskan pelanggan yang beragama Islam dengan mengubah suai tempat.

 

Untuk aku, aku buat hair spa treatment dengan produk Biolyn dan juga blowing my hair. Sama jugak dengan mak aku. Ingat nak potong, rambut, tapi lepas blow rambut dah makin cantik.. sayang pulak nak potong .. haha..lepas buat basuh rambut sungguh rasa segar je kepala, ringan pun ringan. Memang membantu untuk aku drive balik Terengganu.

 

Kalau ikutkan harga untuk Royal Treatment biasa sekali ngan produk RM 39 iaitu produk warna oren untuk badan dan warna hitam untuk rambut. Royal treatment diberi percuma.

 

Royal Treatment

 

Untuk abang aku pula dia gunting rambut dan basuh rambut. Suka je dia dapat gunting rambut free.. Kaw kaw punya amoi tuh basuh rambut dia. Niat dia nak buat rambut ala ala sorang berader tuh, tapi tak leh sebab rambut pendek.

treatment

Produk yang digunakan semasa hair spa treatment adalah yang warna hitam tuh. Yang putih hijau itu aku beli, saje nak try dengan my mom memandangkan rambut kami ni banyak ‘penyakit’. hahaha..

Yang warna Oren diberi percuma dalam goodie beg.

22062012001

Muka selepas hair spa.. Berseri seri…

 

Apa apa pun terima kasih pada Biolyn dan Red Communication kerana memberi peluang untuk kami mencuba rawatan rambut yang sangat memuaskan.  Nantikan next entry review mengenai produk Biolyn.

4 COMMENTS

  1. […] Kipas Siling untuk Cantikkan rumah – Kipas Siling KDK Lima 5 Bilah Jadi Pilihan Seisi Rumah 3) – Rawatan rambut di Biolyn Hair Spa – Biolyn Phyto Hyaluronic Acid Solution Untuk Kulit 4) Kipas Siling KDK Lima 5 Bilah Jadi Pilihan […]

  2. […] Kipas Siling untuk Cantikkan rumah – Kipas Siling KDK Lima 5 Bilah Jadi Pilihan Seisi Rumah 3) – Rawatan rambut di Biolyn Hair Spa – Biolyn Phyto Hyaluronic Acid Solution Untuk Kulit 4) Kipas Siling KDK Lima 5 Bilah Jadi Pilihan […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge