i & Lifestyle

Ramadhan Yang Hilang

sinopsis ramadhan yang hilang
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum.. Ramadhan yang hilang.. agak agak jumpa lagi tak tahun depan? ehh..ok.. Ini sebenarnya cerita kat tv3 sempena bulan ramadhan..

Suka tengok drama ni, dalam masa yang sama sakit hati juga tengok drama ni.. Ye la, anak angkat yang tak sedar diri.. kita tengok pun sakit hati.. pastuh anak kandung di anak tirikan….

Dalam realiti, kenapa ye kita kena guna istilah kakak kena beralah dengan adik? Dalam drama ni, ya ampun… beralah sehingga di pijak pijak.. Sampai mak kandung sendiri bela anak angkat dan salah kan anak sendiri.. ish ish ish… orang kata ni la tipikal drama melayu ea?? tapi sebenarnya memang ada pun keadaan macam ni…

Lakonan Eira Syazira buatkan aku geram, sebab terlampau lembut hati dan naif.. Tengok cermin mata dia.. gaya macam ulat buku.. tapi tuh la kan, kalau melawan kan kata derhaka kat mak..grrrrr…

Norfanil : lebib baik tengok Ramadhan yang hilang dari tengok Demi Dia… grrrrr

Sinopsis Ramadhan Yang Hilang

Ramadan Yang Hilang’ mengisahkan konfilk antara 2 adik-beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Tilla Melvin) apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang.

Ibu kandung Delisha, Rahimah telah meninggal dunia akibat penyakit asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula ditangkap oleh polis kerana membunuh tanpa niat. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan sebab Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran.

Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.

Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis-majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad telah menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.

Selepas tamat pengajian, Zafirah dan Delisha menyuarakan hasrat mereka untuk mengejar impian masing-masing. Zafirah ingin menjadi seorang penulis novel manakala Delisha mahu menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun, Zafirah terpaksa mengalah sekali lagi dan berkorban untuk keluarganya. Dia kini bekerja di syarikat bapanya yang sedang mengalami masalah kewangan.

Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq. Zafirah pernah menolak cinta Rafiq semasa dia masih belajar di universiti dan kini dia sibuk dengan kerja-kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih ke Delisha tetapi dia akur.

Zafirah bertunang dengan Fitri, seorang Pengurus Pembangunan Perniagaan. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha. Lama-kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka mula bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha.

Zafirah memberitahu Saadiah bahawa dia redha tiada jodoh dengan Fitri tetapi dia tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha. Bagi Zafirah, cukuplah dia bersabar dan mengalah. Zafirah bertambah marah apabila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kalinya, Zafirah bergaduh besar dengan Delisha sehingga Delisha membawa diri ke luar negara.

1 Ramadan muncul lagi. Inilah Ramadan yang suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang. Zubir, Saadiah dan Zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Zayyad pula masih belajar di Kuwait. Selepas 3 tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Waktu tayangan : Rabu jam 10.00 – 11.00 malam mulai 26 Jun 2013.

ps: aik.. mana nama ramadhani.. Rafiq tuh ramadhani ke??grrr

 

#

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network