Pernah cuba Raku Pizza? Mula mula ingat Raku Pizza adalah restoran Pizza sama macam yang lain, rupanya sungguh berbeza.

Raku Pizza ni merupakan restoran Pizza versi Jepun. Apa yang membezakan Raku Pizza dan restoran Pizza yang lain adalah, kita boleh pilih sendiri jenis crust, topping dan juga sos. 

Terletak di Jalan SS 15/4d, Subang Jaya, dalam satu kawasan dengan kedai Gadget DirectD. Siapa yang pernah pergi DirectD mesti tahu. Nak cari mudah sahaja, hanya search Raku Pizza di Maps / Waze.Raku Pizza - Buat Resepi Pizza Jepun Sendiri - 001

Ini hiasan dalaman di Raku Pizza. Bersih, kemas dan teratur! Cuma kat sini memang tiada wifi, sebab taknak pelajar berdekatan stay lama-lama semata untuk wifi.

Sebelum saya mula, Raku Pizza tiada sijil halal. Katanya, dalam process untuk mohon sijil halal. OK jom, tengok Pizza dari kami.

Buat Sendiri Resepi Pizza dari Jepun!

Ada 3 langkah untuk buat pizza sendiri di Raku Pizza. Dan semestinya kita tak buat dan uli crust .. haha.. Tapi kita memilih apa yang kita nak ada kat Pizza kita.

  1. Pemilihan crust : ada 3 jenis iaitu Herbs, Plain & Charcoal. Charcoal paling sedap!
  2. Pemilihan sos : ada 4 jenis iaitu Japanese Curry, Wasabi Mayonis, Teriyaki dan Miso. I chose Japanese Curry!
  3. Pemilihan topping : ada 22 jenis topping. Nak tulis banyak sangat. Tapi recomended : Soft Shell Crab, Onsen Tamago, Shredded Seaweed, Extra Cheese!

Lepas siap pilih, tunggu 15 minit, Pizza ready untuk dimakan!.. Ini 4 jenis pizza yang kami buat sendiri. Hehe. Memang betul, kalau nak kelainan kena amik Onsen Tamago iaitu telur separuh masak yang diletakkan di tengah-tengah pizza.

Raku Pizza - Buat Resepi Pizza Jepun Sendiri- 010
Crust : Plain, Sauce : Teriyaki, Topping : Ebi katsu (udang), Chicken Ham, Tuna, Crab Steak, Extra Cheese, Mozzarella Cheese
Raku Pizza - Buat Resepi Pizza Jepun Sendiri- 012
Crust : Charcoal, Sauce : Japanese Curry & Teriyaki, Topping : Mozarella Cheese, Soft-shell crabs, Extra Cheese, Onsen Tamago, Mentai Mayo, Shredded Seaweed
Raku Pizza - Buat Resepi Pizza Jepun Sendiri- 014
Crust : Charcoal, Sauce : Teriyaki, Toopping : Soft Shell Crab, Onsen Tamago, Japanese Mayonnaise, Shredded Seaweed
Raku Pizza - Buat Resepi Pizza Jepun Sendiri- 011
Crust : Herbs, Sauce : Japanese Curry, Topping : Mozarella Cheese, Extra Cheese, Shredded Seaweed, Pineapples, Grill Chicken

Kalau takda mood, kalau malas, taknak buat DIY, Raku Pizza ada ready set menu yang boleh dipilih. Tak perlu nak fikir topping apa, crust apa.

Raku Pizza - Buat Resepi Pizza Jepun Sendiri- 009
Sakurajima Lava (Signature dish) RM12.90

Sedap ke tak sedap Raku Pizza?

Secara jujur, memang sedap kalau pandai pilih crust, topping dan sauce.! Bagi aku crust paling sedap Charcoal! Dan sauce paling sedap Japanese Curry. Kalau tak pandai mau la tak habis. Mohon makan ngan sos cili dan kepingan cili banyak-banyak kasi habis. Tak baik membazir.

Kalau anda nak makan di Raku Pizza, saya recommend topping Onsen Tamago, Soft Shell Crabs, Mozzarella Cheese,  Extra Cheese, Shredded Seaweed. Kalau ada yang tak boleh makan, pilih la yang lain. Jadilah tukang pilih yang bijak. Hehe

Kalau nak lagi sedap, order je Sakurajima Lava tu. Memang signature dish di Raku Pizza! Tak payah pening fikir.

Harga?

Ikut pada topping yang anda pilih. Lagi banyak topping lagi la tinggi harga. Kalau orang pandai, dia akan pilih topping hang harga RM0.50-1.00 banyak-banyak hehe.

Tapi menurut staff Raku Pizza, kalau nak pilih topping jangan pilih banyak-banyak, tak sesuai.

Bagi anda yang nak cuba Raku Pizza (wajib cuba), boleh ke alamat dibawah:

Raku Pizza 
80, Jalan SS 15/4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
No tel : +60 3-5631 2188

Facebook : Raku Pizza
Foursquare : Raku Pizza

……

Tiba-tiba rasa lapar Raku Pizza lagi.. ermm..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge