i & Gajet i & Lifestyle

Puluhan Laman .Com.my dan .my di godam hacker Bangladesh

Written by Norfanil

laman malaysia di godam

 

Assalamualaikum.. Nampaknya terjawab teka teki masalah Google.com.my yang tidak dapat di akses oleh beberapa pengguna di Malaysia akibat di godam oleh Hacker Bangladesh..

Menurut Yahoo Malaysia, puluhan laman web yang mempunyai alamat domain .MY dan .COM.MY mengalami gangguan setelah digodam pagi tadi sehingga 2.30 petang yang disasarkan oleh kumpulan penggodam [email protected] Malah, ada yang masih terjejas dan belum dipulihkan.

Hacker juga meninggalkan nota iaitu  “respect our workers, we will respect you” ..

Ia menjejaskan pelbagai nama besar seperti Google, Dell, Microsoft, Skype, MSN Malaysia, Bing,Kaspersky yang terkena tempias godaman pada terjejas.

Penggodam berjaya menukar antaramuka laman-laman tersebut kepada skrin berwarna hitam atau anda tidak dilencongkan ke alamat antarabangsa.

Namun, kebanyakannya kini kembali pulih seperti sediakala. Meluahkan kekecewaan di Twitter dan Facebook, pengguna dari Malaysia melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Salah satu laman yang terjejas dan enggan dikenali mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu pagi: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”

Reaksi dari DELL:

Penganalisis ‘software’ DELL Malaysia telah mengesahkan ‘serangan’ siber dan menyatakan bahawa ianya tidak meninggalkan apa-apa kesan pada operasi perniagaan mereka.

“The incident has been logged,” (insiden tersebut telah dapat dikenalpasti),” kata jurucakap syarikat itu.

Buat masa ini, pihak Yahoo! Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan reaksi dari syarikat lain yang terbabit.

Kalau anda tidak boleh mengakses beberapa laman dengan alamat domain .MY dan .COM.MY menggunakan DNS queries (8.8.8.8 and 8.8.4.4) jika anda menggunakan Google DNS, anda boleh menukarnya kepada OpenDNS atau pelayan ISP DNS anda yang spesifik.

Baik pulih paling cepat adalah menukar pelayan DNS anda kepada:

OpenDNS Home: 208.67.222.222/ 208.67.220.220
Level3 : 209.244.0.3/ 209.244.0.4
TMnet/Unifi: 202.188.0.133/202.188.1.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

9 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge