i & Lifestyle

Poligami l Hikmah Di Sebalik Hidup Bermadu Dengan Wanita Lain

kenikmatan-bermadu
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Terlebih dahulu admin nak ucapakan selamat datang ke Blog Norfanil.com.. Admin nak bagitau satu benda, yang admin ini bukanlah pemilik sebenar blog Norfanil.com ni.Ini kerana kesibukan Pemilik Norfanil.Com dalam membuat rutin harian sebagai seorang pelajar,admin bersedia untuk membantu beliau mengemaskini blog beliau,agar Blog Norfanil.com ini tidak bersawang sangat..hehee untuk pengenalan,Panggil je admin sebagai Achik ..Admin ni comel orangnya,jangan nak mengorat tau.keh keh keh okey,untuk pertama posting kat sini,admin nak share satu benda..pasal Poligami?tak tahu apa poligami? Poligami juga popular bila dipanggil HIDUP BERMADU…

Perempuan adalah individu yang paling takut bila ISU POLIGAMI ini diutarakan oleh para suami.kenapa? kalau ikut logik akal pun,admin tahu mana ada perempuan yang suka hidupnya dimadukan dengan wanita lain.hikmah?wanita pasti berprasangka bahawa bermadu boleh membawa bencana .tak gitu para wanita?Poligami ini tidak salah,malah ia diHARUS kan atas sebab-sebab tertentu.. boleh berpoligami jika seseorang lelaki itu boleh membawa keadilan kepada para isterinya dan mampu menjaga kebajikan tanpa ada sebarang ketidakadilan akan berlaku..disini suka admin kongsikan satu artikel yang admin nyatakan sumbernya..jom baca bersama-sama ye..

*******************************************

Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri.
Di antaranya ialah :

Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.

Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak.  Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, “Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baikdari wanita-wanita cantik yang mandul.”

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza.  Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan. Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.

Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahu pun janda. Dengan adanya  poligami diharapkan   janda-janda   akibat peperangan itu dapat   diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna.  Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua  yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.

Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit.  Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.

Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya.  Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab.  Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.

Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya.  Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak  hasil pernikahan yang sah.  Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.

Dengan keterangan-keterangan di atas,  jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk keselamatan umat Islam seluruhnya.  Islamjuga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT)mengingatkan,  tanggungjawab mereka bukanlah mudah.  Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya.

Sumber Artikel 

Admin Achik : Agak2 bakal isteri admin bagi tak kalau admin nak kawin lain..keh3

#

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network