Tip Hilangkan Sopak Garam. Sopak garam kalau kena memang merana sakit. Lagi lagi sopak garam ni boleh kena satu badan. Kalau yang dewasa kena boleh kuat lagi. Kalau anak-anak kena, kesiannya. Tak sanggup nak tengok.

SOPAK GARAM

Sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk. Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.
Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin.
Orang-orang lama menyebutnya, kena “ludahan jin”.
Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak. Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk.

Cara Merawat Sopak Garam.

1. Sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.
2. Mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul.
3. Mulakan dengan mandian air garam.  jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. biarkan kering seketika. selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.
4. Mandian dengan air campuran sintok dan limau. jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.
5. Kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.
semoga bermanfaat.
Terima kasih Ummu Faqihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge