Terkini Pesawat MH370 terhempas di lautan hindi
Terkini Pesawat MH370 terhempas di lautan hindi

Ya Allah.. Sedihnya bila dengar berita ni.
Tertanya – tanya juga apa perkabaran yang ingin di umumkan PM – Dato’s Seri Najib memandangkan sidang khas di diadakan pada pukul 10 malam.
Rupa rupa nya berita sedih yang menjelma..

Takziah kepada seluruh keluarga mangsa MH370,.. Ya kami tahu, kadangkala takziah tidak boleh menangkan kita. Begitu dengan perkataan sabar. Tapi kami boleh memohon doa supaya kalian semua dapat menerima dengan redha dan tabah.. Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi nya..[pullquote]KUN FAYA KUN ‘ if Allah swt said its happen , nothing can’t change. We can’t blame the pilot. We can’t blame the aircraft. 

Allah has a plan. Stay strong, Allah swt always with them. – Alkauthar AsnieZa [/pullquote]

Tabahlah wahai hati menerima berita ini. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada waris mangsa untuk menghadapi saat-saat sukar ini.

Insya Allah, bertemu kembali di Syurga nanti.

Sidang Media dari PM jam 10 malam : 24 Mac 2014..

“Kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini.

Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

Saya juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.”

 

Al-fatihah dan makna untuk mangsa pesawat MH370

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge