Permohonan Pinjaman Mara 2013 Kini Di Buka Untuk Pinjaman Dalam Negeri

Assalamualaikum..

Permohonan Pinjaman Mara 2013 kini telah dibuka untuk pelajar pelajar di bawah kolej yang berdaftar dengan Mara…  Untuk membuat permohonan pinjaman  mara 2013, pelajar di kehendaki mendaftar terlebih dahulu di laman web http://eduloan.mara.gov.my/ .. Klik pada pendaftaran pengguna baru.. 

pinjaman mara 2013

Untuk pelajar yang ingin mengetahui garis panduan permohonan boleh klik pada link ini –> Garis Panduan Permohonan .. dan memandangkan link untuk mengetahui senarai kursus dan kolej tajaan tidak berfungsi sepenuhnya dia eduloan.mara.gov.my, pelajar boleh membaca dasar tajaan dan program/kursus yang di tawarkan untuk permohonan pinjaman mara 2013

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi bahagian Penganjuran Pelajaran, Cik Nadirah binti Mokhtar (03-26132038) dan En Azlan Shazli (03-26132039).

Maklumat Mengenai Dasar Tajaan Permohonan Pinjaman Mara 2013

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

 

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4.  Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5.  Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7.  Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :
  Peringkat

Dalam Negara

Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

-

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

30

Sarjana

tidak melebihi 45 tahun

35

PhD

tidak melebihi 45 tahun

40

Maklumat Kolej dan Kursus/Program Tajaan Permohonan Pinjaman Mara 2013

  1. Skim Pelajar Cemerlang (SPC)
    • Program Lepasan SPM
      Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
    • Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara)
      Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara.

      * Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).

      • Program-program yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) :
PROGRAM TEMPOH PENGAJIAN
 American Degree Foundation
Programme
 14 bulan
 A – Level  1.5 – 2.0 tahun
 A-Level German  2.5 tahun
 Diploma International Baccalaurete (IB)  2.0 tahun
 Perubatan Russia  3 – 6 bulan
 Perubatan Indonesia  1.0 tahun
 Kejuruteraan Peranchis  1.5 tahun
 Australian Matriculation (AUSMAT)  1.5 tahun
  • Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara)
    • Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi yang dikenalpasti di Malaysia.

      *Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).

  • Program Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara.
    • Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma
    • Program Profesional bagi calon lepasan Diploma / Ijazah Pertama
    • Program Sarjana bagi calon lepasan Ijazah Pertama
    • Program Ijazah Doktor Falsafah bagi calon lepasan Sarjana.

      * Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan pada setiap hujung tahun bagi kemasukan sesi tahun hadapannya (tertakluk kepada pindaan). Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA. .

  1. Skim Pembiayaan Terbuka (SPT)

    • Program Persediaan UNIKL.
    • Program Diploma.
      • Diploma Teknikal/ICT di IPMa seperti German Malaysian Institute (GMI),UniKL (BMI, MFI, MIAT, MIMET, MICET, MSI, IIM) dan Kolej Poly Tech MARA (KPTM).
      • Diploma Usahasama IPTA di KPTM dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
      • Diploma di IPTS lain yang berdaftar dengan MARA dan program yang mendapat Sijil Akreditasi Penuh LAN.
    • Program Ijazah Pertama.
      • Ijazah Pertama di IPMa
      • Program Kerjasama / Francais IPTA di IPMa dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
      • Program Berkembar Universiti Luar Negara 3 + 0 di IPTS yang berdaftar dengan MARA.
    • Program Profesional.
      • Perakaunan – CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan lain-lain
      • Institute Of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA)
      • Chartered Institute of Transport (CIT)
      • Chartered Institute of Insurance (CII)
      • Chartered Institute Of Logistics
      • Certified Financial Planner
      • Senibina Bahagian II
      • Bidang-bidang lain yang diiktiraf oleh Badan-badan Profesional
    • Program Ijazah Sarjana/Tertinggi.
      Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang/kursus yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan. Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini
      MARA.
    • Program Kepakaran Perubatan/Pergigian Dan Lain-Lain.
      Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang-bidang kepakaran yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan. Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.

NOTA : PERTIMBANGAN TAJAAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN SEMASA DAN DASAR TERKINI MARA

16 thoughts on “Permohonan Pinjaman Mara 2013 Kini Di Buka Untuk Pinjaman Dalam Negeri

  1. Sue

    Salam dear.i nk tnye.before this i ade bace kalau yg tok separuh masa pon bole apply kan?

    Tapi kan sekarang bile nk isi eduloan mara,and bila nk buat permohonan baru utk pasca siswazah, kursus xbole pilih.sy cube contact pihak penganjuran pelajaran but nobody pickup,

    So, i xtaw nk buat macam mane da.tarikh tutup da hampir ;(

  2. nisa

    semalam saya da siap tulis da tp bile saya tekan hantar je dye trus tulis xleh access eduloan…camne niee.pastu hari niee saya try bukak ag sbb nk hantar tp xleh bkak gak..camne nieee…..da la ari ni last…

  3. ekazaid

    saya bercadang inging sambung pengajian saya ke MSU – management and science university . Adakah pusat pengajian msu menawarkan pinjaman mara ?

  4. amirah

    kalau pinjaman mara tuk gmi,adakh mara akan memberi pinjaman hanya untuk yuran pengajian sahaja.adakah ia tidak termasuk dengan yuran pelbagai n duit poket?sy lepasn spm 2012,sy perlukn kepastian sblum masuk ke gmi….harap boleh dibantu…

  5. abu

    saya nak tanya, mara ada limitkan ke pointer untuk apply pinjaman?

    contohnya, kena atas 3.00 etc. saya pointer 2.92 sem lepas, so nak apply untuk sem ni. takut mara tak terima student yang tak capai pointer atas 3.00

  6. norhayati mahmud

    Adakah result pinjaman mara di GMi sudah keluar bagi sessi ambilan julai 2013.bagaimana untuk menyemak?

  7. noraini mohd nor

    Dear Ms Nurfanil,
    Terimakasih for this very informative page. Anak saya pelajar diploma estate management di UITM perak dan mendapat cgpa 3.8. Adakah sebarang permohonan yang boleh di buat utk study loan ke luar negara di bawah tajaan MARA? It seems macam dia boleh apply for item yang ditulis :
    Program Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara.
    ■Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma
    Am I right?
    Would really appreciate your response, dear. Thanks.

  8. Siti Nor Hayati Abd Samad

    dimana saya boleh dapatkan senarai nama universiti luar negara bagi mereka yang telah tamat persediaan keluar negara bagi Program Profesional. Perakaunan – ACCA

  9. shila

    untuk tahun 2014 dh dibuka ke blum??..dn brapa rsult spm minimum jika sy nak buat prubatan di rusia? dn di mna sy bleh mohon?tk.

  10. anonymous

    salam,
    saya pelajar dari CFS IIUM PJ dalam jurusan Foundation of Engineering.Bolehkah saya memohon dgn MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara utk Program Ijazah Pertama saya?

  11. nik najib

    Sy dri kolej cucms dan sy bljr degree dh hbs sem 2.. adakah bila mara bkk nti dy akan cover sem yg dh bljr..sbb mara bkk lmbt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge