i & Lifestyle

Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Assalamualaikum.. Pelajar yang bakal menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda bulan 9 ini pasti ternanti nanti permohonan biasiswa JPA PIDN 2013, begitu juga yang telah pun berada dalam pengajian.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Saya sebagai pelajar Tajaan JPA sejak memasuki pengajian Sarjana Muda Perakaunan di UM, menasihatkan anda, walaupun keputusan tidak begitu cemerlang seperti kawan kawan lain, TAK APA!!.. Boleh mohon juga. Mana tahu ada rezeki..

Dan yang sememangnya layak, saya sarankan anda untuk memohon biasiswa JPA PIDN 2013, so nanti anda tak rugi terutama bagi pelajar yang akan masuk ke Universiti Malaya kerana yuran di sini agak mahal..

Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013 akan di buka bermula 9 sehingga 16 September 2013.  Sebelum tuh, boleh baca maklumat mengenai Biasiswa JPA PIDN 2013

Kalau nak tanya saya apa apa boleh tanya di FANPAGE –> Norfanil

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
  • Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

Syarat Khusus

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

  • Bagi pelajar tahun satu IPTA adalah menggunakan CGPA terkini – CGPA 3.30
  • Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara – CGPA 3.50
  • Matrikulasi/Asasi/STPM – CGPA 3.75
  • Diploma/Lepasan Diploma – CGPA 3.5

Bidang Tajaan

Keutamaan

  • Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  • Sains Kesihatan Bersekutu
  • Dietetik, Bioteknologi Perubatan, Sains Veterinar, Sains Forensik, Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan, Sains Kesihatan Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri, Bersekutu Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains Perubatan Kecemasan dan sebagainya.

Sains Sosial

  • Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi, Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi, Sosologi, Komunikasi, Perniagaan, Pemasaran, Kewangan, Perbankan, Perdagangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pelancongan, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Sains Aktuari, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi, Teknologi Diperbaharui, CCI dan lain-lain bidang NKEA.

Sastera

  • Bahasa, Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin

Sains Tulen

  • Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik

Kejuteraan

  • Mekanikal, Elektrik, Elektronik, Kimia, Aeronautik, Automatif, Seni Bina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah

Bidang yang Tidak di Taja


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 
  • Penerbangan;
  • Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan saudara/ saudari mengambil/mengikuti sebahagian daripada subjek/ mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

Kadar Biasiswa

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara  dalam talian  (online) sahaja.  Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon  boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my;
  • Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak  3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  • Borang  permohonan  dalam talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  • Permohonan secara  dalam  talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam  “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013”;
  • Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan  mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013” sebagai bukti permohonan telah dibuat;

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge