Permohonan Biasiswa JPA 2013 Pelajar Lepasan SPM 2012 Program Khas

Assalamualaikum…

Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013 Pelajar Lepasan SPM 2012 Di Bawah Program Khas akan dibuka .  Adik adik yang berminat untuk memohon boleh la memohon pada 23 Mac 2013..

 

———–Info sebelum ini mengenai Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012 Pelajar Lepasan SPM 2011 Di Bawah Program Khas ———–

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

 

Program Khas JPA 2012 ini adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2011 ke negara Jerman, Perancis, Jepun dan Korea.

Permohonan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja di bawah Program Khas JPA 2012 adalah bidang kejuruteraan.

Syarat Umum

  1. Pelajar lepasan SPM tahun 2011
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus

Memenuhi syarat minimum gred dan kombinasi mata pelajaran yang ditetapkan mengikut program iaitu:

  1. Program Kejuruteraan Jerman
  2. Program Kejuruteraan Perancis
  3. Program Diploma Kejuruteraan Jepun
  4. Program Diploma Kejuruteraan Korea

Sila rujuk Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa JPA Program Khas 2012 untuk menyemak syarat yang telah ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal ePermohonan JPA / eSilav2.gov.my

Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.

Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

Sila rujuk Panduan Memohon untuk mendapatkan langkah-langkah yang perlu diikuti.

Tarikh Tutup

Permohonan Tajaan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011 ini akan ditutup pada 22 April 2012.

Kriteria Pemilihan

  1. Prestasi akademik;
  2. Kokurikulum;
  3. Temuduga + Student Assesment Centre (SAC); dan
  4. Sosio ekonomi keluarga.

Temuduga + Student Assesment Centre (SAC)

Hanya calon yang telah disenarai pendek akan dikehendaki untuk menghadiri temu duga dan juga SAC.

SAC adalah satu kaedah penilaian dan pemilihan pelajar yang lebih komprehensif berdasarkan kompetensi-kompetensi yang ditetapkan meliputi minat, tata kelakuan, kepimpinan, patriotism, kreativiti, ketahanan dan keyakinan diri.

Semakan panggilan temuduga + SAC dijadualkan boleh dibuat pada 2 Mei 2012 Sehingga di umumkan kelak

Temuduga + SAC dijadual akan dijalankan dari 8 Mei sehingga 13 Mei 2012 Sehingga di umumkan kelak

Pertanyaan

Sila rujuk Soalam Lazim Permohonan Biasiswa JPA Program Khas 2012.

Program Khas JPA ini adalah salah satu daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011.

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3453, 03-8885 3552.

Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 atau emel di [email protected].

Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang mulai 16 hingga 22 April 2012.

Comments

comments

About the author: Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Seorang co-writer di Myselera Masih lagi menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Perakaunan. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus [email protected]… by : Norfanil

6 comments… add one

  • Oneblogsocial March 21, 2013, 11:00 am

    Berita yang sangat baik,terimakasih
    Oneblogsocial recently posted..HtaccessMy Profile

  • Mimiey March 24, 2013, 6:23 am

    Saya dah cek kat laman web jpa tu. Tapi takde pun butang nak daftar. Dalam esilav2.gov.my dia kata tarikh permohonan akan diumumkan kelak tpi dalam jpa.gov.my dia kata 23 mac dah boleh mohon. Tapi saya tak tahu nak daftar kat mana. akak boleh bagi link tak kalau ada? tq :)

    • Norfanil March 25, 2013, 4:49 am

      itu masalah jpa punya website.. mungkin akan di buka bebrapa hari lagi..

  • NADHIRAH IZZATI BINTI SAIDIN March 25, 2013, 10:00 am

    slm… sy juz nk tnye, tiada ke scholarship untuk medical studies? sy cdg nk ambil dentistry,, n insyaallah result pun ok juga..boleh ka?
    anyway tank u very2 much!

    • Norfanil March 25, 2013, 2:04 pm

      kene tunggu update dari JPA.. keep visit their website ya..

Leave a Comment

CommentLuv badge