i & Travel

Pengalaman Menaiki Malindo Air Untuk Pertama Kali

pengalaman menaiki malindo air 4
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Baca entry Eyriqazz pasal MAS, tak pernah lagi naik MAS seumur hidup. Tiba tiba terasa nak buat cerita pasal Malindo Air.. Naik Malindo Air beli tiket promosi beberapa bulan lepas. Harga tiket RM29 bersama 20kg Baggage.. Murah la kan? Kalau fireflyz dengan Air Asia promo nya pun ada, tapi tak termasuk Baggage..

Punya la excited nak naik Malindo Air for the first time. Sebelum ni jeles tengok bloggers yang dapat trip Malindo Air ke mana entah hari tuh.. Akhirnya dapat juga naik Malindo Air.. Lagi satu sebab kenapa saya naik Malindo Air balik KL, sebab dia landed dekat Subang.. So dekat dengan UM. Naik bas ke Universiti Malaya hanya RM2.00.. Berbanding kalau landing dekat LCCT, kena naik bas ke KL Sentral RM10 dan naik LRT ke Universiti..

pengalaman menaiki malindo air 3

pengalaman menaiki malindo air 2

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Alkisahnya flight pukul 6.15 petang, cuaca di Kuala Terengganu ok,..tetapi bila sampai ke awan mula hujan. Agak sad sikit la sebab cuaca tak elok dan refreshment tak dapat di edarkan. Teringin juga nak rasa refreshment dari Malindo Air, tapi takde rezeki.

pengalaman menaiki malindo air

Memandangkan kami naik pesawat yang agak kecil, agak ketara merasai perlanggaran dengan awan dan cuaca tak berapa elok. Sehinggakan mengambil masa 20 minit untuk stabil. Sebab tuh takde refreshment.

Bila dah naik dan berlanggar dengan awan, ada satu part tuh kedudukan pesawat drop sikit sikit secara mengejut.. Ada dalam 3 4 kali. Terasa jantung tertinggal dekat atas.. Serius seriau gila.. Kalau orang terengganu dia sebut “serung”... hehehe… Orang yang naik pesawat rata rata pegang dada.. Orang sebelah saya dah cuak semacam..

Tapi Alhamdulillah.. semua selamat.. Boleh tahan banyak ruang kosong dalam pesawat.. Sampai di Subang terus je tahan bas.. tapi bas tak berhenti sebab dah malam then pakai baju hitam.. haha.. ini kes lupa tempat tuh gelap.. memang driver tak nampak.. APTB…

Benda yang aku nak puji kat Malindo Air, dia punya pakaian pramugari cantik gilos.. macam kebaya.. Baju warna putih, dan kain warna ungu..! kalah pramugari syarikat lain.. Senyuman pun tak lekang.. Baik jee…

Sekarang Malindo Air banyak buat promo, bukak email je ada promo.. Nak beli tiket pun senang, beli di laman web Malindo Air. Nak naik lagi sekali.. Tak puas hati takde refreshment.. hahaha

#

About the author

8 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network