i & Blog

Pemenang Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran

Pemenang Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran 7
Written by Norfanil

Hi,

Sempat la hari tu aku pergi Majlis Penyampaian Hadiah Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran. Contest ini dijalankan beberapa bulan lepas di Fanpage Jus Mangga Pran, dan hadiah yang ditawarkan sangat menarik.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Sri Damansara Club bagi meraikan pemenang-pemenang yang bertungkus lumus mengerah idea untuk hasilkan gambar yang kretif bersama Jus Mangga.

Info : Produk pran dari Bangladesh. Pemilik dia adalah orang Islam

Jus Mangga Pran Prize Giving Caremony-1

Antara blogger yang hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Jus Mangga Pran. 

Sebelum bermula sempat tengok produk-produk keluaran Pran. Ingatkan hanya ada Jus Mangga Pran, rupanya banyak lagi produk lain yang di keluarkan Pran.

Seperti, air kotak, lolipop, biskut, rempah ratus dan lain lain. Sempat la rasa Jus Delima Pran.. Habis sebotol. Ngam dengan tekak aku weh.

Jus Mangga Pran Prize Giving Caremony-2

Tak sangka ramai pemenang dalam kalangan blogger. Rajin dia orang ni masuk. Aku tahu, tapi tak kretif mana. Malas nak fikir sebab sibuk memanjang. Alhamdulillah.. Tahniah kepada Pemenang..

Hadiah

  • Pemenang utama : Smart TV x1
    Pemanang tempat kedua : Handphone Jenama Oppo N1 x1
    Pemenang tempat ketiga : Handphone Lenovo x3
    Pemenang mingguan : RM100 x20

Gambar Kretif Pemenang

Pemenang Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran 8

Antara gambar pemenang..

Yang tak leh belah bila ada gambar isi minyak motor pakai Jus Mangga. Apasal la aku tak terfikir langsung nak buat cenggini. Adeh. Apa-apa pun.. Tahniah pada pemenang.

Pemenang Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran 10

Pemenang Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran 9

Ujang pun menang .. Pemenang Mingguan.

Dan ini dia gambar pemenang utama.. Tahniah Noor Hassiemah.. Dapat SmartTV sebijik.. Memang patut la menang.. Gambar ni macam iklan komersial. Tak nampak langsung kekoknya..

Pemenang Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran 7

Penyampaian Hadiah pada Pemenang

Jus Mangga Pran Prize Giving Caremony-6

Jus Mangga Pran Prize Giving Caremony-7

Dan aku?

Dapat cabutan bertuah untuk hari tu. Hamper sebesar ‘gedabak’ buat balik naik motor. Bayangkan, letak kat raga, tangan sebelah kiri pegang maps, tangan sebelah kanan minyak. Fuhh.. Alhamdulillah..

Jus Mangga Pran Prize Giving Caremony-8

Bloggers.. Alhamdulillah.. 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge