i & Lifestyle

Pembubaran Parlimen Malaysia 3 April 2013, bersediakah untuk mengundi?

Written by Norfanil

Assalamualaikum..

najib-umum-pembubaran-parlimenSeperti yang dinantikan ramai rakyat Malaysia, akhirnya tanggal 3 April 2013, tepat pukul 11.35 pagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Pembubaran Parlimen Malaysia setelah diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong.

Dalam ucapan beliau, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum PRU13 dapat diadakan secara serentak.

Secara dasarnya, selepas di bubarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh pilihan raya ke 13 dan mengummukan tarikh pilihan raya ke 13 dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran. Dan seterusnya prosess mengundi dapat di jalan kan.

Untuk rekod, Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi untuk dipertandingkan. Keputusan Pilihan Raya ke-12 sebelum ini:

Barisan Nasional : 140 kerusi

PAS : 23 kerusi

DAP : 28 kerusi

PKR : 31 kerusi

Terbaru, pasti laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya http://www.spr.gov.my menjadi terjahan utama rakyat Malaysia untuk mengetahui tempat mengundi dan samaada daftar atau pun tidak. Aku baru je nak terjah masuk, tetapi apa kan daya, terlalu ramai yang singgah ke sana sehinggakan laman sesawang SKR susah untuk di akses. Lepas ni kena besarkan lagi capacity untuk laman sesawang SPR supaya boleh tampung mereka yang terjah kesana..

PRU 13 - Pilihan Raya Umum Malaysia

Apa apa pun, semoga anda jadi pengundi yang bijak.. Dan pesanan, seperti kita sedia tahu, pengundi tahun ini ada di calitkan 1 jenis cat di kuku selepas mengundi. So bagi perempuan, anda tidak di galakkan untuk memakai cat kuku pada hari mengundi untuk mengelakkan anda di halang dari mengundi.

#bermulanya perang kempen, perang bendera, perang segala perang.. tapi berperang lah dengan akal.. bukan dengan emosi.. berperang dengan akal, susah untuk nampak kebodohan, tapi berperang dengan emosi, sangat senang orang nak nampak kebodohan kita. Sekarang remaja remaja seusia aku, sangat pandai memilih.. Aku pun terkejut.. DUlu masing masing, gangster je masa sekolah. sekarang?? alhamdulillah.. masih masih berubah… salute broo!!.. nakal masa sekolah je kan??

— Pembubar Parlimen Malaysia 3 April 2013

## jap gi ada test public sector accounting.. agak agak ada tak orang yang akan masukkan pasal pembubaran dalam essei mereka? pasti ada..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

11 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge