Pelancaran Produk & Aplikasi GT Dollar di Malaysia

Pelancaran Produk & Aplikasi GT Dollar di Malaysia  | Baru-baru ini, pada 17 Januari 2017, diadakan pelancaran Persidangan Malaysia FinTech Ecosystem dan aplikasi e-commerce GT Dollar  di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Perasmian dilakukan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati binti Samsuddin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Majlis pelancaran ini turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain dan juga 3,000 peneraju industri IT dan e-Dagang yang sama-sama menyokong pembangunan ekosistem FinTech sekaligus menjadikan Malaysia salah satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.

Pelancaran Produk & Aplikasi GT Dollar di Malaysia

Bagaimana GT Dollar membantu kita?

Aplikasi GT Dollar yang merupakan usaha sama Malaysia dan GT Dollar membantu untuk meringankan kehidupan rakyat sebagai “pusat sehenti mudah alih platform e-dagang”. Melalui aplikasi ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan diskaun dengan menggunakan GT Dollar dan GT cash yang boleh dijana melalui beberapa cara seperti perkongsian di laman sosial media dan lain lain. Selain itu. ia juga bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang padu untuk pengguna dan peniaga dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasaran.

Bagi melengkapkan usaha sama ini, GT Robot turut dilancarkan. Ia merupakan sebuah robot yang berteknologi tinggi di bawah GT Group yang dikenali sebagai pakar robot humanoid.

Sebagai pengiktirafan atas kemajuan teknologi yang dicipta, kerajaan Malaysia merancang untuk memperuntukkan satu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan – Melaka untuk membuka kilang pembuatan dan pemasangan GT Robot. Pelaburan ini dijangka bernilai lebih kurang RM 300 juta. Anggaran pendapatan lebih kurang USD 20 Bilion (yang bersamaan dengan 10 juta unit Mobile Robot) dan bakal menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Pembukaan Kilang GT Robot sekaligus menjadikan ia sebagai kilang yang pertama di Asia dengan proses pembuatan yang mesra alam dengan peralatan teknologi tinggi selepas Negara China.

Pelancaran Produk & Aplikasi GT Dollar di Malaysia
Aplikasi GT Dollar.. Daftar dapat 300 GT DOllar point

Majlis ini jadi lebih bermakna dan bersejarah apabila penambah baikan aplikasi GT Dollar dilakukan. Ia merupakan perisian mudah alih sosial e-dagang yang pertama di dunia. Pada tahun 2014, konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GT Group, Dr. Paul Zhang Baolu, yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri dalam pengurusan berteknologi tinggi, pembangunan ekonomi dan pelancongan di seluruh dunia dan syarikat GT Group bernilai lebih daripada $ 4.7 bilion.

Persidangan yang telah diadakan juga bertujuan untuk memacu pembangunan penggunaan Internet serantau, di mana pengguna dan peniaga akan berhubung dengan lancar tanpa halangan. Ini memberi manfaat kepada pengguna dimana pembeliaan akan menjadi lebih murah dan mampu milik sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi, hasil cukai negara dan penambahan peluang pekerjaan.

Ciri-ciri utama Aplikasi GT Dollar

GT Dollar dengan penggunaan teknologi SMART yang terdiri daripada teknologi AR. Ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi GT Dollar adalah seperti “the seek honey feature”, “catch a bee to earn GT Cash” yang boleh digunakan untuk pembelian dalam pasaran serta menjadikan Bee Commerce yang paling efektif untuk membantu pengguna menguruskan kewangan mereka secara lebih efektif dengan menikmati simpanan jangka panjang yang eksklusif, dan sebagai trend Malaysia dalam dunia e-dagang satu hari nanti.

Pelancaran Produk & Aplikasi GT Dollar di Malaysia
GT Dollar merupakan aplikasi berteknologi tinggi yang terbaru, sekali gus mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ianya merupakan satu platform komprehensif untuk kedua-dua pengguna dan peniaga, dan menggalakkan transaksi tanpa tunai di seluruh dunia. (Cashless).
Tiada pembayaran untuk pendaftaran, langganan dan pengiklanan, pedagang hanya perlu membeli GT Dollar (Mata Wang Virtual) dan mengedarkannya kepada pengguna mereka bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Ini sekaligus menjadikannya seakan e-promosi atau e-pengiklanan dengan caj minimum. Payment Gateway akan digunakan untuk menerima bayaran dalam talian – E-wallet / Visa (Kredit, Debit, Prepaid) / MasterCard (Kredit Debit, Prepaid) / CUP Kad (Kredit, Debit, Prepaid) / Akaun Debit untuk melaksanakan caj transaksi.
Pelancaran Produk & Aplikasi GT Dollar di Malaysia
Fokus Utama GT Dollar adalah dengan mewujudkan satu pusat kemudahan dengan akaun kredit virtual untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui sistem e-wallet tidak kira produk atau perkhidmatan. GT Dollar membolehkan semua SME untuk berfungsi secara virtual. Aplikasi ini akan menghubungkan mereka dengan pengguna baru dan sedia ada dan mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit virtual (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS dan platform tempahan yang lebih mesra pengguna.
Aplikasi ini berfungsi melengkapkan dan memudahkan gaya hidup yang semakin sibuk dengan menyediakan kemudahan akses ke pangkalan data yang besar iaitu lebih 80,000 peniaga di seluruh dunia sehingga kini tidak sahaja di dalam Internet atau mudah alih, tetapi yang menawarkan pelbagai jenis produk. Peniaga dan pengguna dapat menikmati perkhidmatan yang lain dari membeli-belah dalam talian seperti pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, beli topup prabayar, Rangkaian Chat Sosial (maksima sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan lain-lain.

Tarikan untuk pengguna digital

Menurut Statistik lebih daripada 18 juta pengguna diital yang aktif di Malaysia dan sehingga 2015, sebanyak 77.3% daripada rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan Internet. Aplikasi ini aktif sepanjang hari, membolehkan pengguna untuk membeli-belah di secara online. “Kami melihat peluang untuk mengambil peluang daripada ledakan digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua peniaga dan pengguna,” kata Encik Patrick Chew, CEO Negara untuk GT Dollar Malaysia.

Pelancaran Produk & Aplikasi GT Dollar di Malaysia

Menurut YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri MOSTI, “Pada tahun 2015, terdapat 3.4 bilion pengguna Internet di seluruh dunia dengan jangkaan bahawa ia akan meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Malah, kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam memacu peningkatan ekonomi. Kami berbesar hati untuk melihat sebuah syarikat tempatan memulakan usaha inovatif yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjakkan lagi kemajuan negara seiring dengan pembangunan teknologi. Kami memuji GT Dollar kerana menjadi satu titik perubahan dalam sektor e-dagang. Dan saya yakin bahawa pengguna akan mendapat manfaat besar daripada menggunakan platform ini”.

GT Dollar bertujuan untuk membentuk  kemajuan sektor pelancongan pada masa hadapan dengan kerjasama yang berpotensi bersama Persatuan Pelancongan. Ia juga meningkatkan lagi landskap pelancongan di Malaysia. Paul Zhang sebagai Pengerusi China Tian Ma Travel Group merupakn satu kumpulan perkhidmatan pelancongan dan rekreasi ketiga di China berharap dapat menarik pelancong China ke Malaysia dengan GT Dollar, yang berfungsi sebagai panduan penting untuk pelancong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge