i & Lifestyle

Panduan Pilih Rumah Sewa

Written by Norfanil

Assalamualaikum

Kali ni aku nak kongsikan panduan kepada mereka yang first time nak cari rumah sewa dan mungkin yang akan duk menyewa akan datang.. Biasanya untuk pelajar yang tak dapat menginap di kolej atau mereka yang dapat kerja jauh dari rumah asal. So nak kena menyewa.

Panduan pilih rumah sewa penting untuk kau orang ketahui. Sebab apa banyak kes sekarang ada yang di tipu, rumah tak elok, banyak masalah dan sebagainya..

Meh aku ajar sikit apa yang perlu korang konsider semasa pilih rumah sewa…

1) Cari rumah sewa / bilik sewa dekat directory Internet

Banyak directory yang boleh di gunakan untuk cari bilik sewa di kawasan yang kau orang nak. Antara yang top adalah di laman web Mudah dan Ibilik. Letak aje nama tempat gerenti keluar senarai rumah untuk disewa. Macam aku, aku nak sewa dekat Bukit Angkasa, so aku search nama tempat Bukit Angkasa, then pilih apartment and rent. So keluarlah senarai yang ada..

Tapi kena tengok bila tarikh dan masa owner rumah tersebut post. Kalau baru sahaja post, chance untuk dapat rumah tuh tinggi. Tapi kalau dah lama dia post, mungkin dah ada yang lebih cepat dapat rumah tuh. Apa pun, kena call tanya dulu dah ada ke belum

2) Pergi tengok rumah atau bilik sewa

Bila dah dapat call pemilik rumah atau orang yang nak sewakan bilik, mintak dia orang masa untuk tengok rumah atau bilik tersebut. Lambat atau cepat bergantung pada diri kita. Kalau penyewa nak kita masuk dengan cepat, tengok la secepat mungkin. Kalau tak boleh datang, mintak tolong kawan tengokkan. Kalau penyewa yang selalu sibuk, mintak option dari penyewa bila dia free.

Tapi kadang kala, kita dah set date dengan penyewa dan mungkin ingat kita yang pertama, tapi tiba tiba penyewa call kata ada orang datang tadi dan dah deal untuk sewa, so melepas. Pastikan kau orang deal dengan cepat dan pantas. Mintak kepastian betul betul.

3) Jangan bayar deposit sebelum tengok rumah

Dulu tak pernah pula aku sangka ada orang menipu dalam sewa rumah. Baru baru ni dekat Ibilik terbukti, ada juga penipuan. Aku ingatkan kat kau orang, jangan bayar deposit kalau di minta dalam masa yang sama  korang belum tengok lagi rumah tu.

Ini lah kes terjadi. owner rumah paksa di penyewa baru untuk bayar deposit rumah dahulu kalau taknak terlepas rumah. Owner beri alasan sibuk so that, penyewa baru tak dapat nak tengok rumah. Oleh kerana nak sangat rumah tuh, penyewa baru terpaksa bayar deposit dan tak tau sebenarnya dia menipu. Sehinggakan terpaksa bayar habis, baru sedar diri di tipu.

So berhati hati la.. Selagi tak tengok rumah, jangan bayar deposit. Melainkan anda kenal pemilik rumah tersebut.

4) Perhati kawasan sekeliling rumah

Sebelum buat keputusan nak pilih rumah tuh, perhati kawasan sekeliling. Kalau dekat KL ni kawasan sekeliling tak boleh lari dengar bangla dan indon.. So kena berhati hati.

5) Parking 

Untuk mereka yang ada kereta, perlu consider kawasan parking. kalau apartment atau flat, kawasan parking agak susah sikit. Kena buat double parking, dan tak boleh tarik hand break.

Pengalaman aku bila melibatkan double parking ni, kereta nak tercalar tuh senang nak dapat, Kes terlampau banyak kereta dan laluan sempit akan buat kereta korang calar.

Kalau sayang kereta cari la rumah yang dah ada parking sekali. Tak pun cari rumah teres. Senang. Tapi mahal sikit la dari rumah flat, melainkan korang tak kisah. Ye la dah bekerja takkan la tak mampu kan?

6) Perjanjian sewa rumah 

Perjanjian sewa rumah ni penting, terutama bila melibatkan deposit duit. Ada sesetengah pemilik rumah, dia tak bagi duit deposit. Dia guna deposit tuh untuk bulan terakhir kau orang berada di rumah tuh. So that bulan terakhir kau orang tak perlu bayar. Tapi ada setengah pemilik rumah dia akan pulangkan balik deposit tersebut.

Perkara penting dalam pernjanjian sewa rumah, bila nak keluar rumah ada syarat berapa bulan sebelum kena bagitau kalau nak pindah keluar. Baca betul betul perjanjian. Silap faham boleh menyebabkan deposit yang kau orang bayar lesap dan bulan terkahir terpaksa bayar macam biasa..

7) Cek kelengkapan rumah

Sebelum kau orang masuk rumah tuh, cek dulu kelengkapan dalam rumah. Tombol ok ke tak, pintu ok ke tak, paip ok ke tidak. Kalau ok dan puas hati go on. Kalau tak ok , bagitau terus tuan rumah. Biasa kalau tak bagitau awal awal, tuan rumah takkan percaya dah bila kita cakap tuh rosak masa mula mula masuk. Ye la, awal awal kau orang tak nak bagitau.

Tapi kalau dapat pemilik rumah yang baik, dia akan cek dulu semua dan bagi rumah yang selesa untuk kau orang.

8) Cek harga market rumah

Ini penting untuk cek harga market rumah. Baru kita boleh tau harga rumah mahal ke tidak. Di tambah lagi ada rumah yang fully-furnish dan tak furnish langsung. Bagi aku, fully furnish ke tak furnish nevermind, asalkan ada rumah.

Tapi aku lebih suka pilih rumah tak furnish sebab apa, lagi murah. Kalau kita add on katil, peti ke, kita hanya perlu bayar satu kali sahaja. Daripada fully-furnish, tapi kena bayar lebih RM50 setiap bulan. Kalau di lumpsum kan akan rasa rugi.. Sebab tuh harituh tuan rumah nak up jadi fully furnish, kiteorang taknak.. Hehe.. Lagipun dah selesa macam ni.. itu lebih baik..

Fuhh..tuh dia panduan pilih sewa rumah dari aku. Lepas ni aku konsikan pulak tips tinggal di rumah sewa. Nih panduan pilih rumah sewa.. jangan terkeliru..

Semoga memudahkan kau orang nanti yeee.. Oh.. gambar atas tuh rumah yang aku sewa.. Blok 21, Taman Bukit Angkasa.. Sewa bulanan RM900 not furnish… Selamat tinggal di rumah sewa.. =)..peace..

 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge