i & Gajet i & Produk

P1 4G Mifi MX230 Plan dan Perbandingan dengan MF230

Written by Norfanil

Assalamualaikum…

 

Masih ingat lagi entry P1 4G Mifi MX230 Percubaan Coverage Sekitar Kuala Lumpur dan P1 4G MIFI MX230 Compact dan Mesra Pengguna? ..  Ini kisah sambungan cerita P1 4G Mifi MX230.. Kali ni aku akan buat sedikit perbandingan antara dua iaitu MX230 dan juga MF230… Kalau tengok pada hurufnya yang paling ketara perbezaannya adalah dari segi hurup F dan X.. hehehe.. j/k

spesifikasi-mifi-mx230-4g

Kalau kita lihat perbandingan antara kedua dua device ni dari segi saiz ketara menunjukkan MX230 lebih kecil berbanding MF230 walaupun berat device MF230 lebih ringan.  Tetapi dari beberapa aspek lain seperti klien wifi, jangka bateri dan tempoh charge jelas menunjukkan MX230 lebih hebat berbanding MF230.. Klien wifi untuk device mifi baru mx230 telah di upgrade dari 5 peranti kepada 8 peranti dimana tetap tidak boleh menandingi MIFI device dari telco lain yang hanya mensasarkan jumlah seperti MF230 iaitu 5 peranti sahaja.

Dari segi hayat bateri, jangka hayat bateri telah ditambah dari 4 ke 6 jam untuk MX230 dengan hanya perlu di caj selama 3 jam. berbanding sebelum ni, perlu caj selama 4 jam tetapi hanya boleh digunakan 4 jam… Nampak tak mana lagi hebat..? Sebab itu lah aku boleh kata, kalau korang nak sign up untuk P1 pastikan korang amik device untuk MX230 ini.. baru dan mantap…

Macam mana nak sign up P1 4g? Plan apa yang di tawarkan oleh P1 4G? Berapa bayaran semasa sign up P1 4G? …. wow.. banyak soalan yang keluar dari minda korang ek.. Sat aku terang kat bawah…

Kita boleh tengok kat atas tuh plan yang di tawarkan oleh P1 untuk pakej togo. Ada 3 plan iaitu plan togo 39 dengan usage quota 2GB, plan togo 69 6GB dan plan togo 99 10GB…  So kalau tengok pada device baru mifi MX230, sekiranya anda nak sign up dengan p1 dan menggunakan device MX230 , secara total jumlah yang perlu anda keluarkan RM100 (upfront device) + RM100 (activation fee) dan bulanan plan togo anda..

Bagi aku, P1 punye pakej togo dengan usage quota agak berbaloi.. RM69 dengan quota sebanyak 6GB.. berbaloi baloi…. so apa tunggu lagi… Jom la sign up dengan P1 bersama device terbaru Mifi MX230.. untuk lebih maklumat boleh ke laman web di link ini http://www.p1.com.my/mifi/..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

1 Comment

  • […] MX230 Compact dan Mesra Pengguna – P1 4G Mifi MX230 Percubaan Coverage Sekitar Kuala Lumpur – P1 4G Mifi MX230 Plan dan Perbandingan dengan MF230 8)  – Bila Norfanil Nak Tunjuk Skill Ala Ala Masterchef? – Shakiddo – Nasi Minyak, Maaf Tak […]

Leave a Comment

CommentLuv badge