Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…
1st skali, nak mintak maaf kat tuan tanah aka Norfa Nir kalau post entry agak kelucahan. Hehe..
Orait. Back to main point. Isu wanita nak kelihatan cantik dan menawan dah banyak kali siar kat paper. Macam-macam cara diorang buat semata-mata nak jadi cantik. Antara kaedah rawatan yang popular sejak dulu semestinya mandi bunga dan air penawar.
Baru-baru ni ada pulak jenis kaedah ‘buang syaitan’ dalam badan dan urutan ‘overhaul’ (ke Pak ABU yang baru tau?) menjadi pilihan para gades (wanita) yang nak pejalkan payudara, punggung montok, hidung mancung, dagu runcing dan macam-macam lagi lah.
Sumber Harian Metro
Harap mereka yang guna ‘perkhidmatan’ ni masih berpegang pada iman yang kukuh. Takut pula nanti dek terlalu ghairah nak cantik sampai TERlupa hukum-hakam agama. Matlamat tak boleh menghalalkan cara ye!
* * * * *
Sebagai perbezaan dengan situasi di atas.
Christina Aguilera sekarang nampak lebih tembam.
Dia tak peduli apa orang nak cakap. Bagi dia, tiada siapa mampu menjadi sempurna di mata peminat walaupun dia dah ceburi bidang hiburan ni sejak sekian lama.
“Saya sangat yakin dengan bentuk tubuh sendiri. Saya tak pernah rasa janggal dengan keadaan fizikal saya sendiri. Malah teman lelaki (Matthew Rutler) saya suka dengan keadaan ini. Saya gembira, Rutler gembira manakala anak saya sihat dan gembira.”
* Artis Hollywood yang glamor seantero dunia pun tak kisah nak jadi cantik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge