Novel Seseorang Untuk Aku Rehan Makhtar

Hi,

Dah agak lama tak review novel. Ye la, baca novel rajin, menulisnya agak kurang rajin. Tapi kali ni rajinkan diri sebab nak naikkan semua blog ni.

Rehan Makhtar. Aku kenal dia sebab aku baca novel online di blog beliau. Sebab dah tak ada bajet untuk beli novel jadi aku baca la novel online.  Jumpa pula blog Rehan Makhtar.

Bila baca blog dia, aku akui penulisan dia sangat hebat. Dari cerpen online sehingga ke novel online, terus terang aku cakap, aku suka penulisan dia. Dan terus aku masukkan beliau dalam carta novelis kegemaran aku.

Walaupun aku tak berapa follow novel-novel sebelum ni tapi aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) semata-mata nak cari novel Rehan Makhtar yang berjudul Seseorang Untuk Aku.

“Dia amanah, dan aku penjaganya”

Sinopos novel Seseorang Untuk Aku mengisahkan seorang kakak Lailatul sanggup mengorbankan masa depan untuk adiknya Lizahani. Sanggup berhenti belajar masa tingkatan dua untuk menyara adiknya sehingga ke menara gading.

Disebabkan amanah seorang bapa, Lailatul menjaga sebaiknya sehingga adiknya berkahwin. Tetapi lain pula jadi apabila Lailatul ditangkap berdua-duaan dengan Mohammad Al-Qadr selepas majlis perkahwinan adiknya.

Selepas Lizahani kahwin sepatutnya Lailatul terbang bebas, tetapi kerana ditangkap khalwat Lailatul mula terperangkap.

Dan akhirnya “Dia amanah dan aku penjaganya”..;)

Rehan Makhtar bersama peminat Haslah Binti Ali
Sebelah kanan Rehan Makhtar bersama peminat. Foto kredit : Haslah Binti Ali (sebelah kiri)

Nak tau ending dia macam mana?  Beli la novel Seseorang Untuk Aku. Sedih bak hang. Menitis air mata baca novel ni..

But well, sesebuah novel susah betul nak lari dari kisah klise. Kalau tak kisah terlanjur, kisah kahwin paksa. Kalau tak kisah kahwin paksa, kisah kena tangkap khalwat. hmm

Layan je la. Tapi overall, bagi aku memang best. Kalau ada Quote lagi best. Itu aku lagi suka.

So, yang tak baca lagi, selamat membaca!

Tajuk Novel : Seseorang Untuk Aku
Novelis : Rehan Makhtar
Muka surat : 620
Harga : SM RM25/ SS RM28
Penerbitan : KaryaSeni
Keluaran Jun 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge