i & Lifestyle my Review

Review Novel 13 Jam A380 – Evelyn Rose

Written by Norfanil

Tahniah kepada penulis, Evelyn Rose kerana berjaya masukkan unsur islamic dalam novel ni. Ikut secara ringkas, Hana seorang pemasang angan angan yang mengimpikan untuk berkahwin dengan anak jutawan. Tanpa disangka, pertemuan 13 jam didalam pesawat A380 adalah permulaan segala galanya.

Di saat mengetahui tentang dosa dan pahala, 13 Jam menjadi titik kenangan indah mereka lakarkan dalam pesawat A380 dan menyimpan memory bersama. Memang indah bersama orang yang kita impikan, tapi syaitan itu ada di mana mana. Kerana terlebih kebahagiaan, mereka berpeluk, bermesra dan hampir tidur satu katil di first class seat tanpa menghirau batasan. Walaupun seketika banyak perkara berlaku antara Hana dan Haydar. Antaranya 4 jam sebagai pasangan kekasih.

———————————————- ♥ ———————————————-
ULASAN NORFANIL

Walaupun saya tak pernah naik First Class seat dalam pesawat, penceritaan dari Evelyn sangat jelas sehinggakan kita tahu keadaan dalam pesawat tersebut. Gaya penceritaan macam penulis ni pernah naik First Class.. hehe.. 

———————————————- ♥ ———————————————-

Mereka berpisah selepas pesawat mencecah tanah. Tanpa di sangka Hana berkenalan dengan keluarga FIDO dan menjadi titik permulaan baginya untuk berubah menjadi seorang muslimah sejati setelah menjadi ibu angkat kepada Emmel.

[pullquote] Bayi bagaikan kain putih yang di corakkan oleh orang yang menjaganya. Walaupun mereka kecil tapi mereka memerhati dan menirunya.” [/pullquote]

Tekad Hana untuk berubah memakai pakaian yang lebih sopan setelah Emmel memerhati dan meminta untuk membeli pakaian yang sama Hana pakai iaitu, baju tshirt ketat dan juga jeans ketat jenis kulit..Bermulanya hari baru bagi Hana sebagai seorang muslimah apabila Fawwaz memberi sehelai selendang untuk di pakainya.

———————————————- ♥ ———————————————-
ULASAN NORFANIL

Unsur-unsur keluarga bahagia dan keluarga islamik di masukkan oleh penulis sebagai panduan kita.  Ayat-ayat Al-Quran di gantung di pintu sebagai kesedaran ahli keluarga

———————————————- ♥ ———————————————-

Setelah setahun, pertembungan antara Hana dan Haydar, akhirnya mereka bertemu kembali dengan tekad Haydar untuk memiliki Hana. Tapi Hana dah buang kenangan antara mereka sehari selepas penerbangan A380 kerana terserempak Haydar dan Natasha.

Apakan daya.. Jodoh yang kuat, selepas tiga tahun, Haydar dan Fawwaz kedua dua ingin meminang Hana. Tapi Hana ingin memilih Fawwaz kerana latar belakang islamic walaupun Haydar telah bertemu ibu bapa Hana.

Pelancaran yang tak disangka… Gabungan H’Cafe membentuk  Sky Cafe  di Hotel Sunshine yang merupakan hotel Fawwaz yang menemukan kedua dua jejaka, Haydar dan Fawwaz sebagai persaiangan cinta Hana. Haydar merupakan pemilik Sky Cafe. Semasa pelancaran, Haydar mengimbau kembali kenangan mereka selama 13 Jam di A380.. Sungguh tidak di sangka, gambar, vide0 dan kisah silam Hana di tayang semasa pelancaran tersebut.

Bagi Haydar, kisah itu hanya untuk berkongsi memandangkan Sky Cafe memang dibina untuk kenangan mereka, tetapi bagi Hana perkongsian itu mengaibkan dirinya kerana terdapat gambar mereka berpelukan secara tak sengaja.

Kecewa.. itu yang dirasakan Fawwaz apabila kekasih hati yang ingin dipinang mempunyai kisah silam sebegitu dan ditayangkan kepada umum. Siapa sangka,.. Kecewa juga Hana, kerana kedatangan Fawwaz untuk meminangnya tidak kesampaian selepas kejadian tersebut, Fawwaz kembali semula ke England. Malu dan tidak mahu memiliki wanita seperti itu..

Hana?? Kecewa..kerana aibnya di buka terang terangan..sedangkan sekarang dia sudah kembali ke jalan Penciptanya..

———————————————- ♥ ———————————————-
ULASAN NORFANIL

Saya suka cara penulis masukkan kata kata kesedaran dan islam yang membuat kita tersentap.  Macam mengenai aib dan dosa ini.

———————————————- ♥ ———————————————-

[pullquote] “Aib dan Dosa. bertuahlah manusia apabila Allah menutupnya. Celakalah mereka apabila Allah membukanya. Entah keberapa juta keaiban aku yang disimpan oleh Allah SWT, yang pasti akan dibuka di akhirat kelak? Bagaimana rasanya di akhirat nanti apabila satu persatu aib dan dosa dipaparkan oleh Allah nanti?” [/pullquote]

Dugaan diterima, walaupun dia sudah kembali kejalan penciptanya. Haydar, masih berusaha untuk memilikinya. Fawwaz terus ke Kuwait melepaskan rasa sebelum menikahi anak kepada seorang Sheikh seminggu selepas kejadian tersebut. Sedih bertambah apabila Hana menerima khabar mengenai perkahwinan tersebut.

Kata Fawwaz :
Apabila semuanya berlaku tidak seperti apa yang saya rancangkan dan impikan selama ini, hati saya mula terdetik. Mungkin selama ini saya bertanya kepada Allah SWT tentang jodoh saya, dan apabila DIA berikan jawapan kepada saya, saya abaikannya. Saya abaikan hanya kerana hati saya berkehendakan yang selainnya.

Kali pertama sebelum saya melamar awak, saya sudah melakukan solat istikharah. Saya beristikharah sedari awal awak jejakkan kaki kerumah agam kami dan hanya diberikan kekuatan untuk bertanya apabila saya mula kehilangan Emmel. Saya tak mahu kehilangan awak juga. Dan tika itu jawapanyya ialah negatif. Selang sehari awak memberikan jawapan, Syeikh menghubungi saya dan bertanya, adakah saya sudi menjadikan puterinya sebagai suri hidup saya.. Tetapi hati saya sudah terikat dengan wanita yang menjaga dan menyayangi puteri saya seperti anak saya sendiri.. (Emmel).

Saya katakan pada Syeikh, yang mungkin saya bukan orangnya untuk puterinya.

Kali kedua saya melamar awak, jawapan yang awak berikan juga negatif. Dan saya berfikir, mungkin masanya yang tak sesuai, bukan orangnya. Sekali lagi Syeikh bertanya,  dan sekali lagi saya butakan mata untuk memilih jawapan Tuhan kepada saya hanya kerana hati saya mahukan awak.

Sehingga sebulan lepas melihatkan gambar gambar awak bersama lelaki lain (Haydar).. Saya tak mampu menerima semua itu walaupun saya tahu semuanya kisah lama..

Bila saya berada di Kuwait, saya bertafakur dan baru saya sedar Allah elakkan apa yang Dia tahu tidak elok berlaku daripada berlaku. Dan saya taknak butakan mata hati saya yang Almas Iman (puteri Syeikh) adalah perempuan yang terlahir dari rusuk saya”

———————————————- ♥ ———————————————-
ULASAN NORFANIL

Jawapan kepada Istikharah kita akan dapat melalui cara yang berbeza. Membuatkan saya sedar, jawapan bukan diberi sekali atau dua kali, mungkin lebih dari 3 kali. Kita kena menilai jawapan yang diberi.

———————————————- ♥ ———————————————-

p/s: Kisah yang sangat menarik dikongsikan oleh Evelyn Rose.. Mempelajari sesuatu untuk berubah. Dugaan semasa dalam penghijrahan dan kisah silam serta aib yang terlepas dalam bentuk sebuah Novel…


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge