i & Gajet

Ninetology U9Z1+ Full Review. Berbaloi dengan harga?

Ninetology u9z1+ unboxing 1
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Alhamdulillah.. Sekali lagi blog aku bercerita pasal gadget Ninetology. Sebelum ni aku cerita pasal Ninetology Black Pearl 2 yang menjadi kegilaan ramai. Dari kisah Ninetology Black Pearl 2 pandang pertama, upgrading firmware , root sehingga ke episod akhir, tukar custom rom. Kali ni aku bercerita pasal Ninetology U9Z1+

Kenapa aku pilih Ninetology? sebab pertama dalah dia boleh pakai dua sim.. Sebelum ni kita ada produk malaysia yang 2 sim, tapi aku tak berminat sebab design dalaman di sangat tak lawa dan nampak sangat macam produk clone China. Aku pasti sekarang ramai yang pakai dua handphone. Tapi dengan gadget Ninetology tak perlu dah dua handphone sebab ada dua slot simkad..

Sebab kedua aku pakai Ninetology adalah berbaloi dengan harga. Bayangkan kakak aku beli Sony Tipo harga RM499 (after rebate RM299) dan adik aku pakai Samsung Galaxy Y (harga 400++) tapi dua dua hampeh. Sony tipo dengan msalah firmware, Galaxy Y dengan masalah lack dan slow.. Dan skrin Ninetology Black pearl 2 lagi besar dari kedua duanya..

Sekarang aku boleh kata, ramai yang dah mencari telefon murah yang berkualiti macam Ninetology. Sejak aku pakai Ninetology Black Pearl 2, ada je yang asyik duk tanya elok ke tak.. Bagi aku sangat-sangat puas hati dengan harga dan kualitinya..  Masa aku pakai Ninetology U9Z1+, pun ada orang berkenan.. See, ramai mencari Ninetology dah… Apa apa pun, meh baca review dari aku..

Ninetology u9z1+ 1

— Muka Happy dapat Ninetology U9Z1+.. kan best dapat free terus.. hehehe.. taken by HTC One, Front Cam.. Xlawa kan? harga RM2000++..tapi camera cam hmmm..

Ninetology u9Z1+ Unboxing Video…

Aku sebenarnya tak pandai buat video ni.. Nak nak yang jenis keluar suara sendiri.. Tapi disebabkan ada orang request untuk Unboxing video.. Apa salah aku tunaikan permintaan korang kan? hehe… Sebelum tuh, aku mintak maaf kalau ada kurang dalam video ni.. Aku  record guna HTC One. Dan ini video kali kedua shoot.. So, start up masa mula mula bukak phone tuh takde ya. Sebab dah on dulu sebelum tu..

. And so sorry .. Aku cuba semampu boleh buat ni.. Banyak tersasul.. hehe.. Jangan marah!~

Kalau tengok pada spesifikasi Ninetology U9Z1+ agak menarik. Yang paling di sukai ramai bila bahagian camera depan 5MP. Senang nak cam how dan quality pun cantik. Tapi design dia macam S4 sikit, but takde button kat tengah…

Jom kita layan pulak gambar Micro Ninetology U9Z1+.. (micro sangat.. taken via HTC One)

Ninetology u9z1+ back camera 1 Ninetology u9z1+ back cover 1 Ninetology u9z1+ back view 1 Ninetology u9z1+ front camera 1 Ninetology u9z1+ powerbank free 1 Ninetology u9z1+ spesifikasi 1

Kata aku mengenai Ninetology U9Z1+?

  • Kamera Depan 5MP

Bagi aku camera depan ok la.. tapi boleh di improve lagi sebab kalau tengok gambar kat bawah ni macam tak sharp. Tapi ok la dengan harga Ninetology U9Z1+ ni..  berbaloi ke tak agak agak?.. Biasa kita akan dapat camera depan dengan 2-3MP sahaja untuk harga macam ni.. ehmm…beberapa gambar aku kongsi dari kamera depan Ninetology U9Z1+.. Unedited picture..

Ninetology U9Z1+ front camera review 2

— Siang hari di Kedai Kasut Time Square

Ninetology U9Z1+ front camera review

— Malam hari di Subway, Life Care Building, Bangsar South

Cun? Anda boleh nilai sendiri… bagi aku it is enough already..

  • Kamera belakang 13MP

Kamera depan aku sarankan adjust setting sikit… Sebab default punya setting tak berapa lawa.. Warna dia agak tak mengancam.. But then, quality gambar masih cun.. Depends pada lighting sekeliling..

Ninetology U9Z1+ main camera review 1

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Ninetology U9Z1+ main camera review 2

Nak lagi cun, pakai la Camera 360.. hikhikhik.. Kamera belakang kalau tak setting dengan betul, bila kita tekan button capture, dia agak lambat catch.. after 2 saat baru dia capture.. kalau handphone bergerak, terus jadi kabur..Tapi kalau setting kepada potrait atau landscape, bila tekan button capture , terus dia akan catch.. So kena pandai setting. 

  • Ketahanan Bateri

Macam diberitau dalam Unboxing video.. Bateri Ninetology U9Z1+ ada 2000 MAh.. Sebelum ni, untuk yang tak tau Ninetology terkenal dengan masalah bateri cepat habis terutama untuk Ninetology Black Pearl 2. Tapi masalah boleh selesai dengan Root. But untuk Ninetology U9Z1+, bateri boleh tahan sehingga 15-16 jam sekiranya online sentiasa tanpa perlu root dan delete apps yang running.. Kalau tak online boleh tahan 2 hari dan lebih. Bergantung pada penggunaan korang..

Macam aku, masa guna Ninetology U9Z1+, aku on WIFI, guna Facebook, Instagram, Google Chrome, Gmail, Browser dan Camera dalam satu masa,  boleh 15 jam lebih.. Boleh la untuk siang hari.. Aku memang suka buka apps banyak banyak.. Hehe..

Ninetology U9Z1+ ketahanan bateri

Pasal bateri, memandangkan Ninetology U9Z1+ dibawakan bersama dengan Power Bank 4200 MAH, so tak perlu risau lagi… Abis bateri boleh caj  dengan Power Bank yang diberikan percuma.. Ingat tau, percuma!! Kalau beli kat kedai dan dia kata power bank kena bayar asing.. Terus report kat Ninetology. Penipu itu orang..!!

  • Memory 16GB dan Ram 1GB..

Memory 16 GB macam handphone berjenama lain seperti Samsung dan Iphone.. Kalau tak cukup jugak sila tambah external memory kalau nak.. up to 32GB.. Ram 1 GB? ok jee..

-- Banyak apps ada di install.. Kalau rasa semak, sila buang.. kalau tak boleh buang, kena root dulu la jawapannya..

— Banyak apps ada di install.. Kalau rasa semak, sila buang.. kalau tak boleh buang, kena root dulu la jawapannya..

Aku tak sempat nak root Ninetology U9Z1+, kalau jadi hak milik aku terus handphone ni, InsyaAllah aku akan kongsikan tutorial yang lebih advanced untuk root seperti yang aku buat pada Ninetology Black Pearl 2 sebelum ni.. Ok!..

  • Charger 1000 MA = 1A

Aku tau ramai yang akan cakap 1A tak cukup.. Tapi menurut aku, masa aku caj Ninetology U9Z1+ masa yang di ambil untuk penuh dalam 3 setengah jam sehingga 4 jam. Bagi aku standard la.. Tapi mungkin ada orang akan cakap agak lama untuk bateri berkapasiti 2o00 MAh.. Tapi takpe, kalau rasa nak cepat habis caj, pakai la charger handset lain yang mempunyai Output lebih tinggi. Elok ke? Bagi aku elok je..hihi..

  • Skrin Gorillaz Glass

Bab ni, ada issue pasal Skrin Gorillaz Glass ni.. Ada orang kata skrin dan LCD melekat sekali.. If pecah nak repair makan RM600.. Aku rasa bila kes skrin pecah ni, maknanya anda dah jatuhkan handphone anda ke lantai dengan hentakan yang kuat.. So berhati hati guna.. Sebab tuh nama Gorillaz Glass kot.. hehehe..

Bagi aku, kalau korang tak cuai takdanya skrin nak pecah.. kan? So sila tanggung sendiri.. Pandai jaga selamat la skrin handphone korang..

Sebenarnya no issue pun. Selama aku pakai handphone tak kira jenama apa, takde lagi sampai pecah .. Jaga kena elok la kalau sayang kan…. Tapi ada sekali aku pecahkan…sebab aku baling ke dinding telefon tuh.. marah punya pasal..hehehe..  so sendiri tanggung..

Cuma aku tak berapa suka dengan Screen Protector yang di berikan. Screen protector bukan dari jenis anti finger. Nampak la kesan kesan cap jari. Masa aku beli Ninetology Black Pearl 2, screen protector yang di berikan anti- finger..

But, ok je, dah bagi free banyak songeh pulak aku ni? hahaha.. janji boleh protect skrin..

Lagi nak cakap pasal apa ? Aku rasa itu je kot.. Overall  aku boleh kata.. Worth it..!.. Dengan harga RM1299 (after rebate RM1099) Ninetology U9Z1+ sangat berbaloi.. Maafla, aku bab sistem dalaman aku tak pandai sangat.. But untuk orang macam aku, aku lebih fikir pasal benda murah, kualiti gambar cun dan juga kelajuannya…

Lain orang lain kisahnya? Aku suka Ninetology U9Z1+.. tapi aku tak tau korang suka ke tak.. Seperti dalam subjek ethics, nak justify right or wrong.. Depends on situation and your justification!.. 

Oh ya… Pasal HTC One.. ..

Perlu ke aku cakap pasal HTC One? Hmmm.. memandangkan dia dah bagi sekali dengan HTC One, meh sambung baca lagi aku membebel.. Nak compare HTC One dengan Ninetology agak susah.. Sebab harga di berbeza dekat RM900++..

Apa aku boleh kata, Camera belakang 4MP, camera depan 2.1MP.. Berbaloi tak dengan harga tu? Tak kot.. Tengok hasil kamera depan , gambar yang first sekali aku upload, tak cantik.. Tapi kamera belakang cun.. Gambar Ninetology pandang pertama tuh aku ambil guna HTC.. Cantik.. tak kira kamera apa pun, kalau ko pandai edit , tetap akan jadi cantik.. kan?

Sebenarnya aku taknak fokus sangat pada HTC sebab aku rasa harga dia lagi mahal.. Lagi pun aku pakai 2 hari je.. kalau pakai sebulan mungkin banyak boleh di kongsi.. Overal, bateri life ok, kamera belakang ok, sound system superb, touch screen superb.. lagi?

Via Ninetology U9Z1+.. Edited.. Brightness

Via Ninetology U9Z1+.. Edited.. Brightness

-- Via Ninetology U9Z1+.. Unedited

— Via Ninetology U9Z1+.. Unedited

-- Via Ninetology U9Z1+.. Unedited..

— Via Ninetology U9Z1+.. Unedited..

Aku ni review handset ke review kamera handset? hahahaha.. apa pon tak boleh!..

ATTENTIONS!!!

100 orang yang buat PRE ORDER handphone U9 terawal setiap bulan akan dapat E-Voucher RM200!!!

Klik SUBSCRIBE NOW untuk dapatkan maklumat lanjut dan menjadi yang terpantas untuk E-Voucher RM200!!

Valid untuk U9X1, U9Z1 dan U9Z1+..

#

About the author

22 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network