Wahab's Cendol Wangsa Maju 1
Colourful!!..

Lama dah tak update pasal makanan dekat blog ini. Memandangkan dah dapat kelulusan untuk update kat sini juga untuk #ProjekCariMakan Norpa, jadi saya kongsikan artikel tempat makan sedap di Wangsa Maju.

Tak terniat pon sebenarnya Norpa nak pergi Wahab’s Cendol. Sebelum menunggu nak pergi HiDY’s Media Appreciation Event dengan waktu tengah hari yang gila panas, cari la cendol paling sedap di Wangsa Maju. Then terjumpa Wahab’s Cendol.

Wahab's Cendol Wangsa Maju

Wahab's Cendol Wangsa Maju 1
Colourful!!.. RM4.50

Wahab’s Cendol Mamak ke?

Masa sampai di depan kedai tertanya juga, Wahab’s Cendol ni mamak ke sebab pekerja yang duk bahagian depan nampak macam mamak, ataupun sebenarnya mat bangladesh.

Lepas masuk dalam, baru la nampak pekerja melayu. Rupanya pekerja yang duk bahagian depan ni buat Char Kuey Teow. Gerai yang menumpang di Wahab’s Cendol.

Di Wahab’s Cendol, cara order macam restoran Old Town White Coffee. Tick makanan yang nak di order then kasi dekat pelayan.

Cuma, masa nak dapat kertas tu punya la lambat. Adam Wainwright Jersey Kan mudah kalau letak je kertas atas meja. Tak perlu tunggu pelayan hantar kertas!

Alang alang dah sampai Wahab’s Cendol dan tak makan tengah hari lagi, order la Cendol Jagung + Kacang Merah + Pulut dan Char Kuey Teow.

Wahab's Cendol Wangsa Maju 2

Char Kuey Teow nampak sedap, tapi sebenarnya tak cukup sedap. Hehe. Bagi Norpa Char Kuey Tewo disini tak cukup rasa. Tak rasa seperti yang sepatutnya. Frust la jugak.

Tapi dia punya cendol memang betul-betul Best Cendol in Town. Orang kata, ‘kakas’ dia banyak. ‘Kakas’ tu maksudnya jagung, red bean, dan pulut.  Memang banyak sehinggakan sukar nak habiskan.Memang secukup rasa la. Cuma kurang berlemak je.

Wahab's Cendol Wangsa Maju 3

Kira ramai la juga datang makan kat sini. Setiap minit mesti ada yang masuk.  Mungkin sebab kat sini ada nasi ayam dan nasi lemak juga. So variety la selain pekena cendol.!

Yang nak singgah boleh la singgah makan cendol

Restoran Wahab Cendol – The Best Cendol in Town No. 43, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge