Lengkuas Petua dan Herba Kongsibersamanora

Assalamualaikum.. lengkuas.. ada orang tak kenal lengkuas ke? pewwww… Tanpa disangka, tumbuhan yang hanya tanam suka suka akhirnya hasil yang keluar melimpah ruah. tapi bila tanam bersungguh sungguh, hasilnya, tumbuh sekarat dah mati.. haha.

Rumah aku sekarang under renovation kat dapur. Saja nak besarkan dapur yang sememangnya sempit sejak rumah ni dibuat 4 tahun lalu. So, upah la orang tolong besarkan.

Tup tup selepas beberapa hari mama tinjau kat belakang rumah, nah, amik kau. 10kg lengkuas telah dikeluarkan dari tanah oleh orang yang buat renovate dapur tuh. 10kg ..aku rasa macam lebih.. berat gila kot..

Gambar pertama kita tengok kat atas tuh. Itu lah lengkuas, campur sekali ngan tanah yang tak dibersihkan lagi. Bata yang ada tuh adalah untuk tunjuk ukuran. Kita tengok gambar kat bawah ni pula…

3 Ketul Lengkuas yang di korek dari dalam tanah
Lengkuas besar, aku pun tak larat nak angkat..

10kg? nak buat apa? aku pun tak tau.. Kalau masak singgan ikan ni pun tak habis setahun. Hahaha.. Sebelum nih dah ada sebakul lengkuas yang dibasuh bersih oleh mama, tapi dah bagi kat mak cik kedai makan kat tempat kerja papa. Bagi je la. Tak luak.. ni ada lagi 10kilo.. grrr.. lelong lelong.. Mama cakap, ni nak jual kat pasar kedai payang la.. huhu…

p/s: memang kan, kalau kita sungguh2 nak dia tumbuh, takda pulak dia tumbuh gedebuk macam ni,… grrr.. Alhamdulillah.. dia tumbuh..hehe..rezeki namanya

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge