i & Lifestyle

Najwa Latif Mahu Jadi Pensyarah, Keputusan Percubaan SPM 5A

Written by Norfanil

najwa-spm-ibu

PULAU PINANG 5 Feb. – Penyanyi Najwa Latiff, 18, yang popular dengan lagu Kosong, berhasrat menyambung pengajiannya dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Najwa yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas berkata, dia berhasrat untuk meneruskan pengajian itu di universiti tempatan. Najwa Latif Mahu Jadi Pensyarah, Keputusan Percubaan SPM 5A

“Insya-Allah, saya harap keputusan yang bakal keluar awal Mac ini berpihak kepada saya. Sewaktu peperiksaan percubaan saya mendapat 5A.

“Lagipun sewaktu peperiksaan SPM, saya telah berikan yang terbaik dan berdoa agar keputusan yang diterima juga baik,” katanya penuh yakin.

Dia yang ditemui pada majlis pelancaran stesen radio Pi Mai FM di sini, semalam, berkata, hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang TESL dibuat kerana impiannya yang ingin menjadi seorang pensyarah atau guru.

“Sejak dulu saya bercita-cita menjadi pendidik seperti ibu yang menabur bakti kepada anak bangsa,” katanya yang tetap akan meneruskan aktiviti seni. –

Kredit: Utusan

 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge