i & Blog

Naikkan Like Fanpage, Tips dan Trick

Written by Norfanil

Assalamualaikum…

Aku tergerak nak buat entry selepas baca beberapa entry mengenai naikkan like facebook dari Hasrul Hassan dan juga Broblogger. Banyak benda aku nak cakap pasal ni.. Ni semua berdasarkan pengalaman aku sendiri sepanjang jadi Internet Marketer pada tahun lepas. Sekarang dah lepas jawatan tuh dah sebab malas.  Lagi satu sebab, selama ni aku buat untuk orang, they paid me for the service, tapi aku tak buat untuk diri sendiri.. rugi gila rasa..

Hasrul Hassan kata ramai yang tertipu dengan service naikkan like fanpage yang di tawarkan kerana kebanyakkanya kata buat dengan Facebook Ads tetapi sebenarnya bot. Broblogger kata service naikkan like fanpage adalah scam. Aku kata? Aku tahu service like sekarang (hari ini) scam, tipu atau pun tidak.  Jom baca penerangan dari aku..

Revolusi Fanpage

Ingat tak dulu masa mula mula zaman kegemilangan Fanpage? Ingatkan dulu blogger seperti Redmummy yang ada fanpage beribu Like masa tuh sudah menjadi kegemilangan kefemesan seorang blogger.. Bukan senang oi nak dapat like.. Masa tuh takde service like semua tuh. Semua kerana peminat.. Peminat yang like.. Bukannya pengelike keterpaksaan..

Tapi sekarang, Ada yang dapat 1 juta like fanpage, ada yang ada 50,000 – 300,000 like fanpage komuniti, dan lebih beruntung kalau page penjenaam sendiri / personal seperti Beautifulnara, Erti Kehidupan – Azfar Roslan, dan Namee Roslan. Aku suka dieorg ni sebab dieorg tak mencemarkan identiti fanpage dieorang yang sememangnya untuk personal dan blog.

Bukan senang nak maintain fanpage. Sebab sekarang facebook memang strict gila gila. Dulu mana ada Talking About This, dulu mana ada Facebook Ads, dan dulu mana ada “people saw this post”… Dan sekarang aku boleh kata, disebabkan restricted dari facebook kebanyakkan value untuk fanpage anda adalah hanya pengelike yang ramai, tapi tiada value dari segi engagement.

  • Fanpage popular dan engagement sikit : Liker fanpage ramai, tapi talking about this sikit
  • Fanpage popular dan engagement tinggi : Liker fanpage ramai, talking about this tinggi.
  • Facebook Ads : Liker fanpage sikit, engagement tinggi.

Fanpage anda kategori yang mana?

Talking about this atau dikenali dengan TAT sangat mempengarui engagement di status fanpage ada.. Samaada ada orang like / komen ke tidak di status anda. Aku juga boleh kata, ia bergantung pada status yang anda post, kalau gambar viral memang dapat engagement tinggi, kalau video viral, akan dapat engagement tinggi termasuk people saw this post. Sekaligus menaikkan like fanpage itu sendiri..

Lagi satu, kalau anda betul betul public figure yang popular, status anda apa apa pun akan menjadi viral. Itu sebab ramai buat fanpage mewakili artis.. You know that kan..

* Cuba korang tengok gambar bawah ni…. Posting di fanpage., aku nak tanya, korang suka tengok pada  berapa orang like status korang, atau berapa orang saw this post?

fanpage engagement 2

— Tricks : Cara posting yang berbeza, Jumlah LIKE yang sama, dan perbezaan people saw this yang ketara . Sumber dari fanpage yang mempunyai like 300,000 ( Klik Untuk Tumbesaran)

 

Revolusi Service Like..

Seperti aku cakap, dulu aku pernah amik service naikkan like. Banyak cara ada, tapi ia mengikut peredaran masa. Bertahan hanya setahun lebih je, lepas tuh dah tak jadi dah.

  • Facebook Page Tab 

Dulu di sediakan facebook applikasi FB page tab. Biasa orang guna untuk landing page sebelum like fanpage anda. Atau biasa orang guna Welcome Tab. Macam-macam boleh buat dengan facebook page tab ni. Tapi ini tak berapa berkesan sangat masa tuh. Berkesan pada produk yang terkenal.. Tapi Genuine.

  • Applikasi Facebook Like Gate

Ini aku tahu ramai yang guna.. Sangat ramai.. Zaman kegemilangan naikkan like fanpage. “Makanan kegemaran anda?” “Artis kegemaran anda”.. Semua applikasi ni orang panggil like gate. Kalau nak tahu jawapan kena tekan like dulu..  then jawapan dan link akan keluar di wall.. Kawan kawan dia yang nampak teringin nak main dan nak tahu jawapan untuk diri sendiri, akan klik link tersebut.. 

Orang yang tak tahu disebalik semua ni, dia pakat main je .. Suka sangat main .. Penuh wall dengna benda ni je masa tuh. Padahal propa je.. Tapi like naik dengan cepat .. Dan orang yang like adalah Genuine .. 

Aku buat service ni.. Alhamdulillah.. Masyuk.. Beli script hanya RM150 masa tuh tak silap, beli SSL then dah ada hosting dan domain. Korang tak nampak aku buat service ni, sebab aku pakai akaun facebook khas untuk buat benda ni..  Untuk 1 applikasi harga 100-200. Then makin hari makin turun,.. Untuk sustain, buat sekali service design. Lepas setahun, dah tak releven.

  • Service Naik Like Murah

Then lepas tamat zaman kegemilangan applikasi facebook, bermula zaman service naik like murah. Yang ni membuatkan ramai bengang. Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah amik service like macam ni.. Bila diaorang buat macam ni aku usha harga yang di tawarkan. Kebetulan masa heboh dalam kalangan IM , aku tengok harga yang di tawarkan , murah gila.. RM70 untuk 1000 like. Murah gila. Lepas tuh akan dapat like dalam masa yang singkat. Sehari hingga 2 hari.. Percaya? Ramai yang tertipu, terutama peniaga online. Sebab dieorg tak tau semua ni..

Aku memang tak percaya. Disebabkan aku ni banyak memerhati dan banyak isu naik masa tuh, aku tau itu bukan genuine. Siapa yang like? Fake facebook atau pun bot. Memang tak semua bot, tapi kebanyakkanya bot. then ada orang mengeluh, like banyak tapi tak de orang like dan komen pun. Masa tuh FB ads takde lagi, Facebook tak strict lagi.. 

  • Service Naik Like Mahal

Aku adalah seorang daripada member Secret Group – NAS (Network Affiliate System) pengasas dia Syed Mohd Saiful Ikhwan  Berbayar tau nak masuk group tuh. Banyak ilmu dapat. Masa tuh dieorg pun buat system affiliate untuk Naikkan fanpage like. Tapi mahal sikit. Harga dalam RM200++ untuk 1000 like tak silap, tapi semua bergantung pada FB ADS dan ada cara lain. Tapi bukan bot. Makan masa yang lama nak naikkan. Tapi Genuine.

  • Service Naik Like Murah versi 2.0 (POP UP)

Then masuk kegemilangan baru yang sekarang ni ada orang tawarkan balik Service Naik Like Murah Versi 2.0. Sebelum korang cakap apa apa, apa yang aku boleh kata sekarang, ia genuine tapi keterpaksaan

Sebab apa? Korang pernah tengok gambar bawah ni? Pernah jumpa orang tulis service like murah macam tuh? 1000 like untuk RM50.  Dan pernah jumpa orang post artikal, bila korang bukak ada paksa like dulu baru baca. Itulah service terbaru. Kalau korang ada fanpage like yang tinggi, sila buat blog baru, letak cerita merapu, orang masuk blog korang, then jumpa like box secara paksaan, dan like tuh akan jadi service untuk fanpage.. Sebab tuh kalau korang dah like box tuh, bila masuk lagi sekali kena like lagi. Sebab? Depa tukar link fanpage customer yang lain pula yang amik service like depa.. Mudah kan??

service naikkan like fanpage

Siapa nak script boleh mintak ngan aku, tapi berbayar la.. RM100 script ni.. Hahaha..

TETAPI….

Like banyak pun takde guna.. Sebab depa LIKE secara paksa. Dieorang tak tau page siapa dieorg like atau “Become a fans”..Kalau anda public figure, yes ia berguna. Tapi untuk perniagaan?? Jangan jangan jangan sekali amik service ni.. Daripada korang amik service ni, baik pakai Facebook Ads. Kalau tak tau nak guna Facebook Ads, boleh tanya Che Mat.. Korang ada like beribu pun, kalau TAT 100 je takde guna. Engagement takde.  Lebih baik guna Facebook Ads. walaupun like 1000 je, dia boleh boost up. Kalau facebook personal? Boleh consider. Tapi kena rajin berinteraksi dengan pengelike. Jangan letak link blog semata.. Nanti tibe tibe ada orang tanya, Fanpage ni untuk apa ye? 

Sebab tuh aku tak pernah pernah tawarkan service like ni.. Tiada guna untuk perniagaan. Walau dua dua berbayar, tapi lebih baik bayar  di Facebook. Mudah kerja..

Extra : Tips Posting..

Kalau tengok gambar dua posting yang berbeza kat atas tuh, tuh cara nak dapatkan more view. Orang yang click link dan orang yang like tak sama.. Bagi aku lebih penting orang yang Saw this post. Lagi satu, pergi usya Erti Kehidupan. Tengok dia buat macam mana.. Ada orang kata, update terlampau kerap dalam sejam, buat kan orang bosan, tapi tengok fanpage ujang.. sejam berapa post?

Dan share benda yang viral. 3 4 hari ada aku tak update blog, cuma update fanpage, like datang sebab gambar dan video yang depa share dari fanpage aku membuatkan like bertambah sehingga seminggu.. untung? yepp! 

Dan aku ingatkan, sharing blog post dengan box gambar dan snippet (review box) akan mengurangkan view kepada pengelike.. So bila keluar view box, sila pangkah!.. ia akan effect how many People Saw This Post??  think about it…

Ok dah habis dah aku membebel….Woooo.. panjang nya entry ni.. Semoga bermanfaat.. Selamat menaikkan like!!.. hahaha.. 

*** Yang di pakai sekarang adalah Facebook Ads, dan service like fanpage 2.0.. Yang lain dah tak relevance.. Melainkan ko kena tipu untuk bot.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

30 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge