Motor Pancit di Tol Pantai Dalam. Mana Bengkel Motor Terdekat
Motor Pancit di Tol Pantai Dalam. Mana Bengkel Motor Terdekat

Hi,

Kali pertama berdepan dengan motor tayar pancit dalam perjalanan. Sebelum ni kebiasaannya sebelum gerak akan perasan tayar motor tak ada angin, tapi kali ni dalam perjalanan, baru terkena tayar pancit.

Aku dari Pantai Dalam nak menuju ke Bukit Jalil konon-konon nak pergi ambil tiket Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 3, tapi tak disangka, baru 3 minit perjalanan tak sampai tol lagi tayar motor pancit.

First time merasa motor tak bergerak lurus, terhuyung hayang. Mujur ada tempat yang sesuai nak berhenti. Cuak juga berhenti tengah jalan.

Agak lama juga berfikir. Cuba cari nombor bengkel motor Pantai Dalam, Klang lama dan kawasan berdekatan di internet tapi tak dapat. Dengan hati tak tentu arah, teruskan mencari sampai la datang lori pemasang signboard. Dia cakap pergi, nanti kalau tunggu sini mahal kena bayar.

Aku terus keluar ikut tol ke arah subang jaya, alhamdulillah. Selepas keluar susur ke Klang Lama tanya pakcik kat kedai makan. Dia kata ada hanya perlu terus kan  perjalanan.

Motor Pancit di Tol Pantai Dalam. Mana Bengkel Motor Terdekat
Motor Pancit di Tol Pantai Dalam.

Sampai je minta abang tuh cek. Rupanya ada paku melekat. Dia cakap samaada nak tukar tube atau dengan tayar sekali sebab tayar pun dah merekah. Aku tanya “tayar berapa, tube berapa?”. “tube RM13 je, tapi kalau tayar RM70”. Dan dan tu juga aku cakap tukar tube je la.

Sebab dalam hati ni gundah gulana takut duit tak cukup nak renew roadtax dan insurans yang sebulan dah mati serta lesen yang dah 2 bulan mati.  Gila kan?? haha.. Ini masalah dia bila ada conflict ngan nombor. Ingatkan tahun depan lesen mati, rupanya tahun ni.

So minggu ni tak dapat nak gi tengok AF. or ada siapa-siapa nak kasi tiket AF free? hehe

 

 

 

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge