Assalamualaikum.. dah beberapa minggu streamyx rosak.. Tak tau sebab apa.. Sebelum puasa streamyx kejap ada kejap takda,. Bila tanya pengguna streamyx ramai yang respons kata ada masalah yang sama..

Pakai modem streamyx TP LINK.. sebelum ni okay, tapi lepas kena sambar petir beberapa bulan lepas, terpaksa hantar pergi baiki pakai warranty.. Nak tunggu siap lama.. Beli pulak modem yang sama lagi satu.. Pakai sampai puasa baru ni, tiba tiba tak boleh guna.. Guna lagi sekali modem yang dah di baiki.. Eh tak boleh guna jugak. Sakitnya hati…

Nak call TM tanya, tapi modem TM yang lama dah takde plug dia.. Terbuang.. So sekarang masalah modem ke masalah line streamyx?  Mahal oit Modem TP LINK ni.. RM130.. dah ada 2, semuanya masalah bila pasang ada 2 lampu je hidup yang sepatutnya ada empat.. Grrr…

Dah reset, masalah nak setting balik tak boleh sebab ada 2 lampu je.. kalau nak setting kena ada 3 lampu dan setting guna CD yang di beri.. memang senang.. yang payah nak pikir masalah apa sebenarnya ni…

Adehh…

p/s: rumah dah takde astro, skybox pun takde, dan streamyx problem, mujur ada yes.. boleh bukak FB dan blog..

10 COMMENTS

  1. Call je TM tanya line ok atau tidak. Suruh dorang reset balik network secara total.. Jika dorang kata ok, sepatutnya modem boleh configure.

    Kalau dorang kata line tak ok, masalah TM.

    Biasanya jika line ok, modem baru. Itu masalah configuration.

    Pernah terjadi pada saya sebelum ni. Cuba buat betul-betul balik.

    Modem asal takde plug takde masalah. Boleh je teknisyen datang tengokkan. Dorang biasa bawak cable @ plug spare part.

    Kenapa beli modem mahal sangat. Saya beli RM89 je. Model yang sama. Haha!

  2. Modem saya beberapa hari yang lepas pun buat hal. Tetiba takder line Internet. Call 100 sampai 3 kali. Panggilan kali yang ke-3 baru staf TM dapat detect modem saya yang buat hal. Saya juga dah tak pakai modem yang diberi oleh TM. Dan sekarang ini menggunakan modem TP-LINK. Solutionnya ialah buat soft dan hard reset. Masukkan semula semua info ke dalam modem (username & password tm). Tapi kalau tak boleh juga berkemungkinan besar modem dan rosak… sebab kena petir ker. Tapi kalau dalam warranty boleh jer hantar repair atau ganti baru.

    • terima kasih atas komennya.. dah call tm.. kesemua 3 modem yang kami ada semua di katakan rosak.. dan terpaksa tukar modem TM yang lain, model lain dari sebelum ni.. tak tau apa kena.. sekarang dah ok dah.. pesan TM.. cabut sekali wayar telifon dekat modem kalau kilat..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge