i & Makan

Miami Grill Sunway Pyramid 50% Diskaun Khas Untuk Peminat Tegar Burger

Miami Grill Sunway Pyramid -002
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Siapa disini peminat cerita CSI Miami? Haha.. Ini restoran khas di datangkan dari Miami. Tak perlu dah nak pergi Miami semata-mata nak makan makananan ala Miami.

Miami Grill merupakan restoran popular dari AS, telah dibuka sejak Januari yang lalu di Sunway Pyramid. Miami Grill, Sunway Pyramid merupakan cawangan pertama di Malaysia dan satu-satunya cawangan di Asia yang menyediakan sajian halal.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya Miami Grill merupakan perniagaan francais yang dimiliki penyanyi rap popular berasal dari Miami, Pitbull. Kenal Pitbull? Tipu sangat kalau tak kenal.

Miami Grill Sunway Pyramid -002

Ha… Nampak. Muka Pitbul ada depan kedai!

Burger Miami Grill Sedap dan Bersaiz Besar

Untuk pertama kali datang kesini, memang susah nak pilih makanan apa yang perlu di pesan sehinggakan perlu meminta cadangan dari pelayan restoran Miami Grill..

Ada banyak sajian antaranya classic philly cheesesteak , philly nacho cheese, mixed wing, grilled chicken, Greek salad, big Miami.

Disini juga ada set untuk kanak-kanak. So jangan risau, boleh bawa satu family makan di Miami Grill.

Miami Grill Sunway Pyramid -007

Yang menjadi top seller adalah Cheesesteak. Memang sesuai untuk penggemar burger dan makanan barat.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Walaupun Miami Grill dari luar negara, cawangan di Malaysia tetap mementingkan penggunaan bahan yang menetapi syariat dan halal. Dan untuk memastikan rasa makanan tidak jauh berbeza dengan luar negara, uji rasa akan dilakukan untuk setiap hidangan.

Miami Grill Sunway Pyramid -002

Memandangkan kami datang beramai-ramai, kami pilih menu burger yang berbeza untuk merasa semua. Burger? Yep semua burger, sebab kat Miami Grill terkenal keenakan burgernya.

Miami Grill Sunway Pyramid -002

Sebelah kiri Nacho Burger, South Miami Burger, Rodeo Burger, Big Miami Burger, dan Chicken Cheese Burger

Anda boleh memilih saamada inginkan burger “single atau double” dan juga ala carte atau combo. Kalau

Nacho Burger
Bahan-bahan: Kepingan daging dengan nacho cheese, jalaepono, brioche roll dan onion rings selain dari salad dan tomato. Khas untuk mereka yang suka pedas kerana jalaepono sememangnya pedas.

South Miami Burger
Bahan-bahan: Sauted onion, button mushroom, salad, tomato dan cheddar cheese bersama sos istimewa “South Beach sauce”.

Rodeo Burger
Bahan-bahan: Kepingan daging dengan roti multigrain serta Cheddar cheese, onion ring, chipotle BBQ sauce ,daun salad dan tomato.

Big Miami Burger
Bahan-bahan: Kepingan daging dengan Sliced chicken cold cuts, Cheddar cheese, pickled gberkins ,daun salad dan tomato.

Chicken Cheese Burger
Bahnan-bahan: Kepingan daging bersama kepingan ayam dan cheese bersama salad dan tomato

Miami Grill Sunway Pyramid -002


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Setiap satu ada kesedapan masing-masing, dan saya punya pilihan adalah Big Miami Burger dan  South Miami Burger. Sedap weh…

Kami makan 1 biji memang kekenyangan. Siap bertukar half half lagi. Hehe. Alhamdulillah.

Bagi anda yang nak cuba makan di Miami Grill boleh singgah di Sunway Pyramid. Ada promosi diskaun 50% kalau anda nampak banner promosi. Banner ni tersorok, hanya yang bertuah je dapat.

Boleh layari website Miami Grill  Malaysia untuk maklumat lanjut.

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge