i & Makan

Menu Baru Kenny Rogers Roaster 2015

Menu Baru Kenny Rogers 2
Written by Norfanil

Hi,

Dah lama tak menulis pasal Kenny Rogers Roaster. Favourite place to eat and stay lama-lama siapkan kerja. ;P. Baru baru ni pergi pelancaran produk Kenny Rogers sebelum GST.

Tapi sekarang dah GST. Harga pun naik dah, tapi tetap nak pergi.

Ada 13 menu baru dari Kenny Rogers dan 6 menu ringan. Lite version. Sesuai untuk yang berdiet sangat tu. Haha.

Menu Baru Kenny Rogers 1

Pilih nak makan yang mana.. Yummy!

Saya dah cuba a few, alhamdulillah. Sedap gak terutamanya Lamp Tortilla Wrap  and Sandwich! Yang lain adalah menu terriyaki yang di upgrade jadi lebih healthy. Ada yang plate bersama nasi, dan ada yang salad.

13 Menu baru Kenny Rogers Roaster

  1. Fiery Flaming Wings – Kepak ayam yang diperap dengan rempah istemewa
  2. Bruschetta- Roti bakar bersama tomato yang dipotong dadu
  3. Chunky Veggie – Sesuai untuk veggie. Gabungan brokoli , lobak merah & bunga kobis serta mentega. Ada bawang putih sebagai hiasan
  4. Kenny’s Wholesome Meal – Hidangan seekor ayam yang dipanggang bersama beberapa side dishes
  5. Teriyaki Chicken Meal 
  6. Teriyaki Chicken Lite Meal 
  7. Teriyaki Chicken & Soup Meal 
  8. Grilled Beef Steak 
  9. Grilled Fish Fillet 
  10. Grilled Lamb Chop 
  11. Classic Chicken Sandwich 
  12. ‘Egg’cellent Sandwich – Ini sedap! Sandwich telur!
  13. Lamb Tortilla Wrap Meal – Tortilla dengan inti hirisan kambing dan salad

Untuk “Lite-Up Your Meal’ ada waktu-waktu tertentu iaitu waktu lunch 11am – 3pm dan dinner 6pm – 9pm setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum

  1. T-Chic Rice – Ayam Teriyaki dimakan bersama Nasi & Sup Cendawan dan Ayam
  2. Italian Delight –Untuk peminat  Pasta & Mushroom Soup Ayam
  3. House Favourite – Ayam Kenny hidangan 1/4 dengan 2 hidangan sampingan
  4. East Meets West – Ayam Kenny hidangan 1/4 dengan bubur ayam
  5. Fish Delight – Fillet ikan dipanggang dimakan dengan Nasi & Sup Cendawan dan Ayam
  6. Beef Delight – Hirisan daging dipanggang dimakan dengan Nasi & Sup Cendawan dan Ayam

Banyak kann…Heh. Meh layan gambar yang pasti menyelerakan .

Menu Baru Kenny Rogers - Lamp Tortilla Wrap

Nih my favourite! Sedap! sebab kambing! eh

Menu Baru Kenny Rogers - Classic Chicken Sandwich

Terliur? Ala pergi la Kenny Rogers. Dan jangan terkejut ye, harga dah mahal RM2-3 ringgit dari dulu. Sebab? GST. You know well..kan?

Sekarang Kenny Rogers Roaster tengah ada Promo..

RM1 Treat (24/4/15 – 30/4/15) – Makan 2 Teriyaki Chicken Meal dan dapat plate ke 3 dengan hanya RM1. Fuh.. Berbaloi.

Dapatkan info promosi lain di http://www.krr.com.my/.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge